Pelumba PETRONAS Sprinta Racing Ayumu Sasaki bermula dari petak kelapan untuk menamatkan Grand Prix Perancis semalam di tempat ke-16, hanya selangkah lagi untuk mengutip mata.
Walaupun mengalami kecederaan selepas terjatuh ketika sesi latihan bebas pertama, penunggang Jepun itu mengenepikan sesi kelayakan sukar yang menyebabkan dia bermula dari tempat ke-24, untuk bertarung merentasi kumpulan belakang dan berusaha untuk kutipan mata.
Ayumu berlumba baik dan mara dalam persaingan kumpulan kedua ke kedudukan kesebelas. Malang sekali pada akhirnya kedudukan beliau menyusut hanya satu kedudukan di belakang kutipan mata, namun masih dianggap agak baik.
"Sesi pemanas hari ini benar-benar baik dan saya berusaha untuk mendapat rentak perlumbaan. Kaki saya tidak mengalami kesakitan seperti pada hari Jumaat dan Sabtu dan masa pusingan saya sudah lebih baik dari segi kelayakan, jadi saya berasa yakin akan berlumba. Pada permulaan perlumbaan, saya berusaha keras untuk ke depan sebanyak mungkin, tetapi selepas pusingan pertama kumpulan depan telah mula menjauh dan kumpulan kedua adalah sekitar empat saat di hadapan saya. Saya fokuskan pada perkara ini; Saya dapat rentak saya dan bekerja dengan cara saya. Masa pusingan saya adalah baik dan saya hampir satu saat lebih cepat daripada kelayakan. Sayang sekali saya melakukan kesilapan ketika sesi kelayakan, jika tidak tentunya saya akan bermula dari kedudukan yang lebih baik, saya boleh jadi lebih cemerlang hari ini. Waktu pusingan purata hari ini adalah sama dengan kumpulan teratas, jadi kami tidak kalah terlalu banyak dari segi konsistensi semasa perlumbaan, jadi saya perlu memperbaiki kelayakan saya. Motosikal saya berfungsi dengan baik hari ini juga, jadi terima kasih kepada pasukan saya, dan maaf atas hasil saya. Saya kini perlu pulih sepenuhnya supaya saya boleh mendesak keras dan bertarung untuk mata di Mugello. "
No comments:
Post a Comment