Selepas dua ujian berjaya di Jerez, Sepanyol dan di Mugello, Itali, Pasukan MotoGP Movistar Yamaha bersedia untuk beraksi hujung minggu ini di Le Mans, litar Circuit Bugatti di Perancis.
Maverick Viñales yang menunggang YZR-M1 di litar Perancis sebelum ini terbukti merupakan gabungan pemenang tahun lalu, ketika pelumba muda itu mendapat kemenangan Grand Prix Yamaha yang ke-500. Dia yang tamat ketiga pada tahun 2016 telah menetapkan untuk membuat hatrik menaiki podium hujung minggu ini.
Anak muda Sepanyol tersebut kini menduduki tempat ketiga dalam kejohanan itu, iaitu 20 mata di belakang pendahulu kejuaraan. Selepas ujian minggu lalu, dia berhasrat hadir di Le Mans dengan fikiran yang positif dan akan memberikan sepenuh usaha untuk merapatkan margin ke puncak kejuaraan.
Valentino Rossi pula begitu bersemangat untuk memulakan pusingan kelima kejohanan itu disamping mengujakan ribuan peminat yang hadir ke pusingan MotoGP Perancis setiap tahun. Dia berada di ambang kemenangan pada perlumbaan tahun lepas namun terjatuh ketika berada di tempat kedua. Pada tahun ini dia berhasrat mengulangi cabaran ini, dan melangkah naik ke podium Perancis dan merayakannya dengan peminatnya.
Secara tradisinya, The Doctor begitu kompetitif di Grand Prix de France. Sepanjang karier kelasnya, beliau telah mengumpul tiga kemenangan di Le Mans (2002, 2005 dan 2008), enam tempat kedua (2003, 2010, 2012, 2014, 2015 dan 2016) dan tiga tempat ketiga (2000, 2001 dan 2011). Dia kini berada di tempat keenam dalam kedudukan kejuaraan, 10 mata di belakang rakan sepasukannya.
No comments:
Post a Comment