Tidak
kiralah sama ada anda pemandu trak harian atau pemilik perniagaan kecil, berehatlah sebentar untuk merenung sejenak dan
mengembalikan semula tenaga anda. Sebagai
tanda penghargaan bagi segala usaha gigih dan dedikasi pemilik fleet,
minyak enjin diesel tugas berat Shell Rimula (HDDEO) menawarkan
pengalaman yang tidak dapat dilupakan iaitu percutian yang dibiayai
sepenuhnya selama 4 hari 3 malam di Shell Rimula Ultimate Stopover 2018
dari 13 hingga 17 November di bandar Dubai yang penuh dengan kemewahan. Tujuh pemenang bertuah peraduan Shell
Rimula Ultimate Stopover 2018 ini akan menjalani penjelajahan baru untuk
menyaksikan Dubai yang tidak pernah disaksikan sebelum ini.
Mereka
juga akan berpeluang untuk mendapat maklumat daripada pakar-pakar
industri mengenai inovasi terkini dalam teknologi enjin trak dan
pelincir, yang dihasilkan untuk membantu pemandu trak dan pemilik fleet
mengatasi cabaran harian mereka.
Antara
topik yang akan dibincangkan termasuklah trend dan pandangan global
berkenaan HDDEO, inisiatif dan inovasi baru Shell Rimula serta sains dan
teknologi termaju di sebalik produk-produk Shell Rimula. Peserta juga
akan dapat mempelajari secara amali menerusi demonstrasi teknikal yang
menunjukkan bagaimana minyak enjin berfungsi serta dapat menguji
kemahiran mereka dan minyak enjin Shell Rimula dengan pengalaman
pemanduan off-road di bukit pasir di Dubai.
“Apa
sahaja perjalanan yang dilalui oleh pelanggan kami, mereka mungkin
terpaksa menghadapi perjalanan yang sukar; ia mungkin mengambil masa
yang lama, berjauhan dari keluarga dan menghadapi risiko menjalankan
perniagaan dalam persekitaran ekonomi yang kian mencabar. Namun begitu
di Shell Rimula, kami tahu bahawa yang penting ialah elemen dalaman –
impian dan cita-cita yang mendorong anda untuk maju ke hadapan.
“Shell
Rimula Ultimate Stopover meraikan komitmen terhadap usaha yang gigih
dan menawarkan peluang untuk mendapatkan percutian sekali seumur hidup
ke Dubai – bandar ikonik di mana masa depan telah menjadi kenyataan
dalam kehidupan harian. Mana lagi tempat yang lebih sesuai untuk
merenung kembali perjalanan anda selain daripada di bawah langit malam
di negara Arab?” kata Baljit Singh, Pengurus Besar – Malaysia dan
Singapura, Shell Lubricants.
Untuk
mendapatkan peluang untuk merasai pengalaman di Dubai pada Shell Rimula
Ultimate Stopover tahun ini, pelanggan perlu membeli mana-mana minyak
enjin diesel tugas berat Shell Rimula R6 LM, R5 LE atau R4 M,
melengkapkan borang dalam talian di www.shell.com.my/rimula_uso dan menghantar penyertaan mereka sebelum 31 Julai 2018.
No comments:
Post a Comment