Perodua MyVi berjaya lagi





Perodua MyVi berjaya lagi

Sebanyak 38,000 MyVi telah diserahkan kepada para pembeli-pembeli pada hujung bulan April lepas. Jumlah pesanan adalah 70,000 unit, yang kesemuanya telah menyumbang pada 41.5% perkongsian pasaran Perodua, menurut laporan Malaysian Automotive Association (MAA). 

Dari bulan Januari ke March, Perodua telah menjual 55,568 kenderaan berbanding 135,140 unit dari jumlah TIV, membawa pada 41% perkongsian pasaran. 

Ini ialah pembaikan sebanyak 10.5% dari 50,260 unit yang didaftar di Malaysia pada suku pertama tahun ini.



Dari jumlah 55.560 itu, 24,473 adalah model Myvi, 14,962 Axia, 10,101 Bezza dan 6,032 Alza. 

Waktu menunggu ialah tiga bulan bagi varian 1.5-liter dan varian 1.3-liter boleh dihantar hampir serta-merta. 

Sempena musim pilihanraya, Perodua juga menawarkan kempen Perodua Pilihanku. Ia berlangsung pada 5-6 Mei di semua bilik pameran dan pusat servis Perodua seluruh negara, menawarkan pemeriksaan kenderaan percuma dan penebusan wang tunai sehingga RM1,800 pada model-model dan varian-varian terpilih.



No comments: