Grand Prix Sepanyol di Litar 4.4 km Circuito de Jerez yang berlangsung semalam menyaksikan penunggang PETRONAS Sprinta Racing Ayumu Sasaki mengutip mata untuk kali kedua berturut-turut setelah mengakhiri perlumbaan hari ini di tempat ke-12.
Rakan sepasukan Adam Norrodin menduduki tempat ke-16 di kedudukan teratas, hanya sedikit terlepas dari kutipan mata berharga.
"Ia menjadi hujung minggu yang sangat sukar bagi kami di sini di Jerez. Kami tidak benar-benar tahu kenapa kami tidak begitu laju di sini,' kata Pengurus Pasukan Johan Stigefelt. "Kedua-dua pelumba melalui sesi kelayakan agak buruk kelmarin, yang bermakna kedudukan grid tidak membantu kami untuk perlumbaan yang baik.
Ayumu melakukan permulaan baik semasa perlumbaan tetapi dia berada di belakang kumpulan depan. Penyudahan kedua belas hari ini agak bernasib baik kerana beberapa kemalangan yang berlaku. Sudah tentu kami gembira untuk pulang dengan empat mata tetapi kami percaya kedudukan itu boleh jadi lebih baik.
Adam menghadapi kesukaran apabila terpaksa bermula dari bahagian belakang grid. Pada satu ketika dia cuba melepaskan diri dari kumpulannya tetapi dia tidak dapat mengejar pelumba di hadapannya dan kemudian dipintas kembali oleh pelumba yang lain. Ia adalah satu perlumbaan yang sangat sukar baginya.
Jerez akhirnya benar-benar merupakan hujung minggu yang ingin dilupakan pasukan ini agar dapat memberi tumpuan kepada perlumbaan seterusnya dan melihat apa yang boleh mereka lakukan di Le Mans kelak. Nyata para pelumba perlu menyediakan diri mereka dan benar-benar bekerja lebih keras serta memberi tumpuan dalam latihan dan kelayakan yang lebih baik pada masa akan datang.
No comments:
Post a Comment