Walaupun menunggang motosikal pinjam, pelumba Indonesia berumur 16 tahun, Surya Narayana berjaya mengatasi kekurangan jentera Honda CBR250Rnya untuk meraih kemenangan berganda dalam pusingan pembukaan Kejohanan Superbike Malaysia 2018 Pirelli Malaysia MSBK di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) semalam.
Surya, yang berasal dari Malang, Jawa Timur dan bertanding di Indonesia Racing Series di Sentul, datang ke Sepang selepas ditawarkan untuk bersaing dalam kelas Super 250 dengan jentera yang disediakan oleh AZ Motor Performance Racing dan ditawarkan pada 'harga sewa istimewa' .
"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pasukan yang meminjamkan motosikal saya untuk perlumbaan. Walaupun membayar sewa yang sangat istimewa, mereka masih menyediakan jentera ini dengan baik. Sut perlumbaan ini yang saya pakai hari ini juga dipinjam. Perlumbaan hari ini sangat sengit; tetapi saya gembira kerana memenanginya. Mudah-mudahan, saya dapat teruskan lagi dan memenangi kejuaraan," kata Surya, yang bertanding dalam tiga pusingan tahun lepas dengan keputusan yang bercampur-campur.
"Saya mendapat beberapa kemenangan podium tahun lepas; dan saya benar-benar menikmati persaingannya. Oleh itu, kembali tahun ini untuk musim penuh," kata Surya, yang mengucapkan terima kasih kepada bapa Luth Harith Erwan atas sokongannya dalam menguruskan perlumbaannya di litar sepanjang hujung minggu.
Surya memenangi Perlumbaan 1, yang berlangsung di litar basah selepas hujan pagi di Sepang; menyingkirkan Luth Harith ke tempat kedua dan juara bertahan Muhammad Aiman Tahiruddin pasrah mengambil tempat ketiga.
Di litar kering Perlumbaan 2, ketiga-tiga mereka bertanding untuk tiga tempat teratas sehingga kejadian di selekoh terakhir yang menyaksikan Luth dan Erwan bersentuhan antara satu sama lain; memberikan ruang untuk Surya memboloskan diri ke bendera penamat bagi melengkapkan pertandingan lapan lap tersebut dalam 22 minit 45.699 saat.
Insiden tersebut membolehkan Muhammad Amirul Affiq, seorang pelumba persendirian dan Muhammad Danial Ahmad Shahril yang merupakan produk SIC Junior ZK Racing Team untuk tamat di tempat kedua dan ketiga. Seorang lagi pelumba Junior ZK Racing Team, Daniel el Fahim menduduki tempat keempat.
Kelas Superbike menyaksikan pelumba Malaysia, Azlan Shah Kamaruzaman dari Chia PJ Kawasaki bangkit dari kekecewaan perlumbaan pembukaan untuk mencatat kemenangan selesa di Perlumbaan 2 setelah tamat hampir 40 saat di depan pemenang kedua Mohd Ramdan Rosli dari TOC HKMTOYO Racing Team. Azlan yang merupakan bekas pelumba Moto2 dan juara Kejohanan Supersport Asia Road Racing semasa, terpaksa tamat di tempat ketiga dalam Perlumbaan 1 setelah menghadapi masalah dalam kawalan cengkaman Kawasaki Zx10R pada perlumbaan pagi pembukaan basah.
Perlumbaan pembukaan dimenangi oleh Rajini Krishnan dari Pasukan RACR India, yang melengkapkan pertandingan 12 pusingan dalam 29 minit 25.977 saat. Ramdan pula tamat kedua dengan jentera BMW S1000RR dengan masa 29 minit 38.034 saat.
Kelas Supersport mempunyai cerita yang hampir sama dengan pelumba terjenal Malaysia, Kasma Daniel Kasmayudin memenangi Perlumbaan 2 selepas perlumbaan pembukaan yang mengecewakan apabila juara Cub Prix Malaysia dan bekas penunggang CEV Moto 3 tersebutgagal menamatkan perlumbaan 12 pusingan.
Kasma yang menunggang untuk Hong Leong Yamaha Racing, bagaimanapun terpaksa menggunakah sepenuh pengalamannya bagi menghadapi saingan sengit Muhammad Helmi Azman dan rakan sepasukan SCK Rapido Hi Rev Honda Racing, Fakhrusy Syakirin Rostam dalam pertempuran tiga penjuru apabila semua mereka tamat dalam masa satu saat di antara satu sama lain.
Dalam Kejuaraan Superstock 1000cc, Azroy Hakeem dari Fastthrottle Motorsports meraih dua kemenangan untuk kawalan awal kejuaraan lima pusingan selepas mengumpul maksimum 50 mata untuk Pusingan 1.
Perlumbaan semalam disiarkan secara langsung melalui live streaming di laman web rasmi SIC; yang mencatatkan sejumlah 106,801 penonton.
Pusingan 2 kejuaraan lima pusingan ini akan diadakan dari 27 hingga 29 Julai kelak.
2018 PIRELLI MALAYSIA SUPERBIKE CHAMPIONSHIP
KEPUTUSAN - TOP 5
Kategori Superbike - Perlumbaan 1 (12 pusingan)
1.Rajini Krishnan (IND) (Kawasaki ZX10R) 29: 25.977s
2. Mohd Ramdan Rosli (MAS) (BMW S1000RR) 29: 38.034s
3. Azlan Shah Kamaruzaman (MAS) (Kawasaki Zx10R) 29: 46.380s
4. Jonathan Serrapica (SUI) (Yamaha R1) 29: 52.368s
5. Muhammad Jamalul Tarmizi (MAS) (Kawasaki ZX10R) 30: 36.913s
Kategori Superbike- Perlumbaan 2 (12 pusingan)
1.Azlan Shah Kamaruzaman (MAS) (Kawasaki ZX10R) - 26: 28.948s
2. Mohd Ramdan Rosli (MAS) (BMW S1000RR) - 27: 08.416s
3. Jonathan Serrapica (SUI) (Yamaha R1) 27: 16.631s
4. Muhammad Jamalul Tarmizi (MAS) (Kawasaki ZX10R) 27: 49.143s
5. Rajini Krishnan (IND) (Yamaha R1) - 27: 53.410s
Kategori Superstock- Perlumbaan 1 (Keputusan Gabungan)
1.Azroy Hakeem (MAS) (Honda CBR) 27: 40.452s
2. Adeeb Ali (MAS) (Honda CBR1000RR 27: 41.602s
3. Mohd Radzi Omar (MAS) (Honda CBR1000RF) 27: 46.679s
4. Keith Parrot (MAS) (Yamaha R1) 27: 50.995s
5. Amirul Hafiq Azmi (MAS) (BMW S1000RR) 28: 11.296s
Kategori Superstock - Perlumbaan 2
1.Azroy Hakeem (MAS) (Honda CBR) 26: 45.582s
2. Mohd Radzi Omar (MAS) (Honda CBR1000RF) 27: 29.304s
3. Nasarudin Mat Yusop (MAS) (BMW S1000RR) 27: 33.288s
4. Shahrulnizam Ramli (MAS) (BMW S1000RR) 27: 33.687s
5. Muhamad Harith Baharin (MAS) (Honda CBR1000RR) 27: 52.615s
Kategori Supersport - Perlumbaan 1 (12 pusingan)
1. Ismael Smajli (GER) (Kawasaki ZX6R) 30: 05.067s
2. Muhammad Helmi Azman (MAS) (Honda CBR600RR) 30: 14.113s
3. Ian Robert Dublin (MAS) (Yamaha R6) 31: 04.562s
4. Fakhrusy Syakirin Rostam (MAS) (Honda CBR600RR) 31: 22.122s
5. Abhijith Prasad (IND) (Yamaha R6) 31: 30.996s
Kategori Supersport- Perlumbaan 2 (12 pusingan)
1.Kasma Daniel Kasmayudin (MAS) (Yamaha R6) 28: 49.634s
2. Muhammad Helmi Azman (MAS) (Honda CBR600RR) 28: 49.855s
3. Fakhrusy Syakirin Rostam (MAS) (Honda CBR600RR) - 28: 50.563s
4. Liam Taylor Mcdonald (NZL) (Kawasaki ZX6R) 29: 00.929s
5. Ismael Smajli (GER) (Kawasaki ZX6R) 29: 30.597s
Super 250 Category- Perlumbaan 1 - 8 laps
1.Surya Narayana (INA) (Honda CBR250R) 23: 58.758s
2. Luth Harith Erwan (MAS) (Honda CBR250R) 23: 59.175s
3. Muhammad Aiman Tahiruddin (MAS) (Yamaha R25) 23: 59.795s
4. Muhammad Danial Ahmad Shahril (MAS) (Kawasaki 250SL) 24: 01.403s
5. Zhafir Zarkasha Zamani (MAS) (Yamaha 25) 29.686s
Super 250 Kategori- Perlumbaan 2 - 8 pusingan
1.Surya Narayana (INA) (Honda CBR250R) - 22: 45.699s
2. Muhammad Amirul Affiq (MAS) (Kawasaki 250SL) - 22: 46.501s
3. Muhammad Danial Ahmad Shahril (MAS) (Kawasaki 250SL) - 22: 50.694s
4. Daniel el Fahim (MAS) (Kawasaki 250SL) 22: 53.620s
5. Muhammad Alif Ashraf (MAS) (Yamaha R25) 23: 11.649s
No comments:
Post a Comment