"Saya tidak bermula dengan baik dan saya tidak mampu memintas pelumba lain dalam dua pusingan pertama. Saya cuba mengekalkan momentum dan hanya mengikut kumpulan depan,' ulas Zulfahmi. "Akhirnya saya cuba menurunkan gear tapi ia tidak masuk dan saya termasuk gear neutral, jadi saya terbabas di Selekoh 5. Saya sedang menuju ke dinding penghadang dan saya tahu bahawa saya tidak akan sempat berhenti, jadi saya terpaksa melepaskan motosikal. Ia adalah minggu paling buruk saya berlumba di sini dan saya kesal mengecewakan pasukan saya. "
"Selepas tiga perlumbaan pertama kami tidak mencapai apa yang kami usahakan dengan Fahmi, jadi kami telah berbincang panjang sebelum datang ke Jerez tentang bagaimana untuk memperbaiki keadaan tersebut'" kata Pengurus Pasukan Johan Stigefelt.
"Pasukan ini telah mengubah banyak tetapan atau set-up untuk membuatkan jentera Fahmi berasa lebih baik; kami telah mencuba pelbagai perkara setiap sesi untuk cuba membantunya untuk mempunyai rasa yang lebih baik untuk mampu mendorong lebih keras tetapi malangnya masa pusingan masih belum bertambah baik. Ia bukan sahaja setakat jentera, dan kini kita juga perlu menilai kapasiti Fahmi. Saya rasa sangat sukar baginya dalam Moto2.
Fahmi memulakan perlumbaan semalam di belakang, jadi sukar untuknya sejak dariawal. Biasanya ia bermula dengan baik tetapi malangnya tidak kali ini. Ketika dalam kedudukan terakhir dia membuat sedikit kesilapan dan memasuki gear neutral dan terbabas keluar, menjadikannya pengakhiran hujung minggu yang mengecewakan.
Mungkin tiba masanya kita harus menilai kembali semuanya dan melihat apa yang boleh di lakukan untuk masa depan.
1 comment:
Great post, im looking for next blog. SlingshotHelmets.com Online Store
Post a Comment