Pengalih gear tangkas atau quickshifter asalnya dicipta bagi kegunaan di litar lumba, untuk membantu mendapatkan masa pusingan atau lap yang lebih pantas. Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, teknologi ini telah digunakan di jalan raya, dan gaya pengalihan gear tanpa klac, dengan pendikit dibuka sepenuhnya mula menjadi ikutan ramai. Sememangnya ia adalah ciri yang tidak benar benar perlu untuk kegunaan di jalan, tetapi bihinglah jika dikatakan bahawa ianya tidak mengujakan dan mampu menjadi ketgihan.
Biasanya untuk mengalih gear anda akan mengurangkan pendikit sedikit dan menarik klac, kerana transmisi dikurangkan bebanan pada gigi gigi gear seketika agar ianya boleh digelincir masuk ke gear pilihan seterusnya. Dengan pengalih gear tangkas, pengurangan bebanan seketika ini dicapai dengan memanipulasi percikan pencucuhan. Inilah cara ianya berfungsi: Terdapat sensor yang disepadukan ke dalam pengalih gear tangkas yang mengesan apabila tuil pengalih gear bergerak dan menghantar isyarat kepada ECU motosikal untuk mengganggu percikan api seketika. Oleh itu, sebaik sahaja anda mennggerakkan tuil gear terdapat pemotongan api nyalaan enjin buat beberapa milisaat yang membolehkan gear beralih pada ali mau syafnya, dan menyebabkan peralihan gear transmisi, tanpa perlu menarik tuil klac ataupun mengurangkan kilasan pendikit.
Quickshifter dipasang standard pada Yamaha MT09 model 2018 |
Memang akan ada yang mengatakan bahada anda haya perlu melepaskan pendikit sekejap sahaja untuk menaikkan gear, tetapi ketika perlumbaan, separuh saat adalar masa yang aman berharga. Dengan pengalih gear tangkas tau quickshifter, peralihan gear ke atas berlaku dengan cepat sehingga pada dasarnya tunggangan anda tidak terganggu, jadi anda boleh mengalih gear semasa menangani selekoh bahkan ketika anda menyendeng motosikal luar keluar dari selekoh. Quickshifters juga mmemudahkan tumpuan perhatian minda anda, kerana peralihan gear kini menjadi tindakan yang memerlukan shanya satu gerakan mudah, dan bukan lagi dua pergerakan yang perlu diselaraskan sbaiknya iaitu pengawak klac dan menyonget tuil gear.
Quickshifter merupakan ciri yang menyenangkan, dan cara mudah untuk membuat motosikal merasa lebih sporty, dan terdapat banyak pilihan yang dijual sebagai aksesori lepas jualan. Sesetengah orang mengatakan bahawa pengalih gear tangkas adalah untuk pelumba malas, tetapi jika anda bukan seorang peminat kelajuan, mungkin kerana anda belum pernah mencubanya.
Mungkin anda tertanya-tanya tentang auto-blip iaitu bantuan menurunkan gear, iia sebenarnya kecanggihan pengalih gear elektronik. Seperti ppengalih gear tangkas, auto-blip membolehkan anda menurunkan gear tanpa menggunakan klac. Ia boleh didapati pada beberapa model motosikal dan terdapat juga kit lepas-jualan atua aftermarket, tetapi pendikit motosikal anda perlulah dari senis tunggang-dengan-wayar (ride-by-wire) supaya sistem itu boleh mengawal pendikit secara secara elektronik. Ia sangat canggih, dan begitu seronok untuk digunakan.
No comments:
Post a Comment