Merrciks Yamaha NVX155 nih!!!

 Mereciks kan  Yamaha NVX ni? Jom kita tengok lebih dekat apa yg membuatkannya menarik!
Ohlins memang wajiblah kan.....!
Penutup carbon-fibre atau serat karbon pun pelengkap semestinya.
Brek kena power kan? Brembo laa pilihan...!


Penutup depan pun serat karbon

Penanda jalan plastik mampu selamat nyawa penunggang

Pakar keselamatan kenderaan Eropah DEKRA sedang menguji penanda jalan plastik baharu di Jerman yang mampu meminimumkan risiko kecederaan bagi penunggang motosikal dalam kemalangan. Sebilangan besar penanda jalan kini dibuat dari keluli dan boleh jadi berbahaya bagi penunggang motosikal. Dan itulah sebabnya DEKRA sedang menguji pelbagai penyelesaian plastik.

Untuk menunjukkan perbezaannya - DEKRA telah mengeluarkan video ini, yang menunjukkan perbezaan yang luar biasa antara keluli dan plastik sekiranya berlaku kemalangan.

Seperti yang anda lihat, ujian kecelakaan yang dilakukan oleh DEKRA pada penanda-penanda jalan plastik baharu menghasilkan beberapa keputusan yang mengagumkan. Kesan penunggang motosikal terhadap tiang keluli kemungkinan besar akan membawa akibat yang membawa maut, tetapi perlanggaran dengan tiang plastik mungkin akan hanya menyebabkan kecederaan ringan kerana tiang tersebut hanya pecah.




Beberapa penanda jalan baharu telah dipasang di sekitar Baden-Württemberg di Jerman dan akan secara beransur-ansur menggantikan pemasangan logam lama. Tambahan pula, kelulusan daripada Kementerian Pengangkutan Persekutuan, untuk penggunaan tanda-tanda jalan plastik baru di seluruh Jerman, sedang ditunggu. Melihat kepada video ini, sukar bagi mana negar termasuklah Malaysia untuk mengabaikan kelebihannya.

Perodua dianugerah pensijilan piawaian 9001 dan 14001


Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) dan anak syarikat sepenuhnya Perodua Sales Sdn Bhd telah diperakui secara rasmi oleh SIRIM dengan versi terkini 2015 ISO (International Organisation for Standardisation) piawaian 9001 dan 14001, menekankan komitmen syarikat terhadap kepuasan pelangggan dan tanggungjawab kepada alam sekitar.

Untuk mendapatkan pensijilan ISO 9001, sesebuah organisasi harus mematuhi piawaian kualiti terbaik di dalam proses kerja mereka, bertujuan untuk meningkatkan kepuasan pelanggan dalam setiap aspek. Sementara itu, ISO 14001 pula lebih  menumpukan kepada piawaian alam sekitar.

"Pengiktirafan ISO daripada SIRIM ini amat bermakna buat Perodua kerana ia mengukuhkan visi kami untuk menjadi syarikat yang kompetitif di rantau ini dan membuktikan usaha kami dalam melaksanakan Kaizen, atau penambahbaikan secara berterusan," kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk (Dr) Aminar Rashid Salleh semasa upacara penyampaian sijil yang diadakan di Ibu Pejabat Perodua di Sungai Choh, hari ini.

Turut hadir ialah Pengarah Urusan SIRIM QAS International Sdn Bhd, En Mohd Azanuddin Salleh yang menyampaikan sijil kepada Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd, Dato’ Dr Zahari Husin.

Perodua mula melaksanakan piawaian ISO pada tahun 1998. ISO 9001 telah diperluaskan ke cawangan jualan dan pusat servis Perodua secara berperingkat sejak tahun 2005, bagi menyeragamkan pengalaman pelanggan (Customer Experience) di seluruh negara. Kini, semua cawangan Perodua telah diperakui ISO.

Sejak permulaan, Perodua telah berjaya menjalani satu penaiktarafan ISO 14001 dan tiga penaiktarafan ISO 9001, termasuk pensijilan hari ini yang merangkumi 39 cawangan jualan dan 55 pusat servis di seluruh negara, termasuk 35 jabatan di Ibu Pejabat Perodua.

"Permintaan pasaran dan industri sentiasa berubah, dan amat penting buat kami untuk meningkatkan piawaian dalam prosedur kerja agar dapat menyesuaikan diri dan bertindak mengikut perubahan tersebut. Sekiranya kita relevan di mata pelanggan, maka kita dapat mengatasi jangkaan mereka," kata Datuk (Dr) Aminar.

"Dengan pensijilan yang telah dinaiktaraf ini, kami berharap agar kami dapat terus mengurangkan jurang indeks kepuasan di antara Perodua dan pesaing antarabangasa lain yang diiktiraf," katanya.

Datuk (Dr) Aminar berkata Perodua juga akan memperluaskan piawaian ini kepada rakan-rakan niaganya pada masa akan datang, sama ada pengedar atau pembekal.

"Kami akan memastikan rakan-rakan niaga dan para pembekal kami mematuhi amalan hijau seperti yang dikehendaki dalam piawaian ISO, termasuk dari segi mendapatkan sumber bahan yang lebih mesra alam," katanya.

Selain memastikan kepuasan pelanggan dan pengurusan alam sekitar ke tahap yang lebih tinggi, pelaksanaan ISO juga telah membawa kepada penambahbaikan dalam proses dan komunikasi dalaman Perodua, termasuk proses penghantaran kepada pelanggan.

Pertama kali diperkenalkan pada tahun 1987, ISO 9001 merupakan salah satu sistem pengurusan kualiti yang paling banyak digunakan di seluruh dunia. Dengan pembaharuan versi 2015, ia memperluaskan lagi keperluan dengan memasukkan elemen pemikiran berasaskan risiko.

ISO 14001 pula, yang diperkenalkan pada tahun 1996, lebih mengambil kira pengurusan alam sekitar dan pencegahan pencemaran. ISO 14001:2015 yang terkini membawa penekanan tambahan kepada kepimpinan, perancangan strategik, inisiatif proaktif dan juga strategi komunikasi.

Google Maps bantu pilih laluan motosikal

Penunggang motosikal di Malaysia kini mempunyai bantuan navigasi Google Maps yang lebih tepat dengan pengenalan 'mod motosikal'. Ia menyediakan pandu-arah atau navigasi yang direka khusus untuk kenderaan beroda dua.

Antara perbezaan antara mod motosikal dengan panduarah kereta adalah memandangkan terdapatnya beberapa laluan yang tidak dibenarkan bagi kenderaan roda dua di Malaysia. Sebagai contoh, motosikal dilarang dari beberapa lebuh raya; dan perlu mangambil laluan yang berbeza.

Namun mungkin sebab utama adalah motosikal juga bergerak pada kelajuan yang berbeza dari kereta, yang mengubah pengiraan masa perjalanan bagi pandu-arah Google (dan juga yang lain seperti Waze).

Mod motosikal bukanlahsesuatu yang baru bagi Google. Ianya telah dilancarkan di India dan Indonesia. Kelewatan dalam melancarkan ciri ini adalah disebabkan oleh pelbagai jenis laluan motosikal yang dihadapi di negara berlainan. Contohnya, Malaysia adalah salah satu daripada beberapa negara yang mempunyai larangan bermotosikal bagi beberapa lebuhraya seperti Lebuhraya Persekutuan di Kuala Lumpur.

Namun begitu, Google tidak mengesyorkan penunggang motosikal menggunakan ciri navigasi ini sepenuhnya sebenarnya. Menggunakan telefon pintar semasa menunggang adalah salah di sisi undang undang dan mengundang bahaya keselamatan. Sebaliknya, mod ini bertujuan untuk membantu membuat perancangan perjalanan; dan pengguna disarankan untuk berhenti di sepanjang jalan dan merujuk kepada laluannya.

Program carian bakat pelumba muda bermula

Program pembangunan sukan permotoran tanah air harus disokong melalui usaha berterusan dari peringkat awal lagi agar ia mampu diteruskan di masa hadapan. Untuk ini satu lagi usaha mencubgkil bakat baharu telah diusahakan penganjur Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS bersama-sama pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang bakal memperkenalkan Kejuaraan Mini Cub Prix KBS yang akan bermula September tahun ini.

Satu program biasiswa pemilihan pelumba untuk program Mini Cub Prix Junior KBS akan dimulskan pada 8 Julai (Ahad) ini bermula jam 9 pagi hingga 5 petang bertempat di MAEPS, Serdang Selangor, serentak dengan perlumbaan Pusingan 2 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS.

Sesi pemilihan kategori Mini Cub Prix Junior KBS ini terbuka kepada peserta yang lahir pada tahun 2006 (12 tahun) sahaja. Hanya 100 peserta terawal yang membuat pendaftaran layak menyertai sesi pemilihan.

Pengarah Promosi Kejuaraan Cub Prix, Ron Hogg berkata peserta perlu membuat pendaftaran awal kerana tempat adalah terhad manakala hanya 14 pelumba terbaik dari keseluruhan yang hadir menyertai sesi pemilihan akan tersenarai untuk menyertai perlumbaan sebenar yang akan bermula pada September nanti.

Peserta yang telah mendaftar dan layak untuk menyertai sesi pemilihan hanya perlu membawa sut perlumbaan lengkap manakala motosikal perlumbaan akan disediakan oleh pihak penganjur.

Bagi 14 peserta yang terpilih untuk menyertai Kejuaraan Mini Cub Prix Junior KBS, yuran penyertaan berjumlah RM500 untuk satu musim (5 pusingan) dan 10 pelumba terbaik keseluruhan bakal menerima slot automatik ke siri perlumbaan satu pengeluar (OMR) Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia musim 2019.

Untuk pendaftaran dan maklumat lanjut sila hubungi Jetlee (012-2999013) atau Reffy (017-2027737)ersempena itu, satu program pemilihan pelumba untuk program biasiswa Mini Cub Prix Junior KBS bakal diadakan pada 8 Julai (Ahad) ini bermula jam 9 pagi hingga 5 petang bertempat di MAEPS, Serdang Selangor, serentak dengan perlumbaan Pusingan 2 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS.

Sesi pemilihan kategori Mini Cub Prix Junior KBS terbuka kepada peserta yang lahir pada tahun 2006 (12 tahun) sahaja. Hanya 100 peserta terawal yang membuat pendaftaran layak menyertai sesi pemilihan.

Pengarah Promosi Kejuaraan Cub Prix, Ron Hogg berkata peserta perlu membuat pendaftaran awal kerana tempat adalah terhad manakala hanya 14 pelumba terbaik dari keseluruhan yang hadir menyertai sesi pemilihan akan tersenarai untuk menyertai perlumbaan sebenar yang akan bermula pada September nanti.

Peserta yang telah mendaftar dan layak untuk menyertai sesi pemilihan hanya perlu membawa sut perlumbaan lengkap manakala motosikal perlumbaan akan disediakan oleh pihak penganjur.

Bagi 14 peserta yang terpilih untuk menyertai Kejuaraan Mini Cub Prix Junior KBS, yuran penyertaan berjumlah RM500 untuk satu musim (5 pusingan) dan 10 pelumba terbaik keseluruhan bakal menerima slot automatik ke siri perlumbaan satu pengeluar (OMR) Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia musim 2019.

Untuk pendaftaran dan maklumat lanjut sila hubungi Jetlee (012-2999013) atau Reffy (017-2027737)

Durian Biru VW kembali

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) akan mengadakan Rumah Terbuka Raya di semua pengedar Volkswagen Sabtu ini, 30 Jun 2018 dari jam 11 pagi hingga 5 petang.

Acara tersebut jatuh pada hari terakhir Promosi Raya Volkswagen, dan inilah masa yang tepat untuk mendapatkan rebat sehingga RM15,000, kadar faedah yang rendah dari serendah 0.88% (setahun) dan kad petrol percuma bernilai RM1,188. Digabungkan dengan cukai semasa 0% GST, anda akan mendapat harga terbaik yang ditawarkan oleh Volkswagen. Di samping itu, terdapat juga diskaun 20% yang ditawarkan bagi semua barangan rasmi Volkswagen yang dijual semasa Rumah Terbuka Raya ini.

Dan tentu saja, Blue Durian Raya Open House tentunya tidak lengkap tanpa pesta makan juadah Hari Raya!

Untuk maklumat lanjut, lawati sebarang pengedar Volkswagen yang sah atau lawati www.volkswagen.com.my.

Siapa nak menang Yamaha MT-07 dan Yamaha Y15ZR?

Lanjutan dari siaran kami tiga hari lepas, kini kami kongsikan berita terkini #genblu yang amat menarik!! Inilah peluang anda untuk membawa pulang motosikal terbaru Yamaha MT-07 dan Yamaha Y15ZR! Tempah beg goodie Karnival Bikers Gen Blu secara online dengan harga promosi RM30 saja untuk menyertai peraduan ini!
Jom kite ramai ramai ke Pulau Pinang Penang pada Ahad 29 Julai 2018 nanti, berkonvoy ke sana bersama kelab masing. Ada pelbagai acara & hadiah menarik menanti anda. Info selanjutnya sila nantikan pengumuman lanjut kami atau hubungi HLYM cawangan berhampiran tempat anda.
#genblu

Seribu Perodua ditempah syarikat perkhidmatan panggil-tumpang

Perodua telah menerima tempahan 1,000 unit Bezza dan Axia bagi perkhidmatan panggil-tumpang (ride-hailing) dan panggil-kongsi (ride-sharing) oleh syarikat perkhidmatan yang beroperasi di Malaysia

Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd, YBhg Dato’ Dr Zahari Husin berkata bahawa jualan tersebut amat penting buat Perodua kerana ia membuka pasaran baharu buat syarikat kereta kompak itu.

“Ini merupakan tanda kepercayaan syarikat-syarikat tersebut kepada kenderaan kami yang berkualiti, selamat serta mempunyai kos operasi yang rendah,” katanya.

“Perkembangan perkhidmatan ride-hailing dan ride-sharing di Malaysia telah merevolusikan pengangkutan bagi rakyat Malaysia, dan Perodua amat berbangga menjadi sebahagian daripada usaha ini ke arah pengangkutan yang lebih cekap dan mampan untuk semua,” tambah Zahari.
Lebih 300,000 Axia dan 100,000 Bezza telah dijual sejak pelancarannya masing-masing pada 2014 dan 2016. Kedua-duanya merupakan Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) yang telah diperakui kerajaan dan menguasai segmen kenderaan masing-masing.

Perodua baru-baru ini telah melancarkan varian baharu Bezza GXtra di Autoshow Malaysia 2018, yang diadakan pada 26-29 April di Taman Ekspo Agro Malaysia Serdang (MAEPS). Bezza GXtra menggantikan varian 1.0 Standard G dan menawarkan spesifikasi trim setanding dengan varian 1.3 Premium X tanpa sebarang kenaikan harga, dengan itu memberikan lebih banyak nilai kepada pelanggan.

TuneBoss adakan cabutan bertuah hadiah Yamaha Y15ZR

Farhan (tengah) menyampaikan lambang kunci pada Zulhanif  tahun lepas
Pencipta peranti penalaan TuneBoss iaitu FSR Technology akan menghadiahkan sebuah motosikal Yamaha Y15ZR baharu kepada pelanggan bertuah mereka dalam satu acara yang akan berlangsung pada 7 Julai 2018. Cabutan bertuah itu akan diadakan bersempena perhimpunan Yamaha R25 2018 yang akan berlangsung di Litar Speedway Plus.

Semua pelanggan TuneBoss layak menyertai cvbutan bertuah tersebut dengan mengikuti arahan dalam siaran "TuneBoss bike giveaway" di Facebook mereka. Pemenang akan dipilih secara rawak dari nombor siri TuneBoss dan cabutan bertuah tersebut akan disiarkan secara langsung di Facebook. Bukti pemilikan adalah diperlukan dengan menyediakan resit, ECU, kad jaminan dan kotak produk untuk mengelakkan penyertaan menggunakan unit TuneBoss yang dicuri.

Ini bukan kali pertama FSR Technology menghadiahkan motosikal. Tahun lepas, Muhammad Zulhanif Hamidon memenangi sebuah motosikal Honda RS150R yang dilengkapi TuneBoss dalam pertandingan yang dianjurkan oleh syarikat teknologi tersebut.

Untuk maklumat lanjut, sila layari tuneboss.co atau hubungi + 603-78315041 atau kirim "Mesej Peribadi" pada halaman Facebook TuneBoss. https://www.facebook.com/TuneBoss.Malaysia/

Pautan terus ke siaran pertandingan
https://www.facebook.com/TuneBoss.Malaysia/posts/914116125439658

FSR Technology telah ditubuhkan pada tahun 2011 oleh dua jurutera elektronik, Farhan dan Sufian. Visi mereka adalah untuk membina sebuah syarikat berdasarkan "Penyelidikan & Pembangunan" untuk reka bentuk produk terkemuka.
Kerja-kerja R D untuk menghasilkan ECU TuneBoss telah mengambil masa tiga tahun, yang dimungkinkan melalui pembiayaan sendiri dan juga disokong oleh geran pembangunan dari Cradle Fund Sdn Bhd, sebuah agensi di bawah Kementerian Kewangan.

Yamaha Star Centre utara dibuka

Pusat Yamaha Star pertama di wilayah utara telah dibuka di sebuah premis dua tingkat di Anson Road, Pulau Pinang. Pusat berintegrasi ini menawarkan sebuah kafe dan ruang pameran yang memperagakan barisan model motosikal jenama Yamaha dan juga enjin sangkut untuk bot. Barangan ekslusif, aksesori dan alat ganti tulen Yamaha turut dutawarkan di pusat servis bertauliah yang diuruskan oleh mekanik terlatih.
Majlis pembukaan rasmi pusat itu telah disempurnakan oleh Ketua Menteri Chow Kon Yeow, yang juga telah mengucapkan tahniah kepada Hong Leong Yamaha Motor di atas kejayaan pemasangan motosikal yang keempat juta pada awal tahun ini. Turut hadir ialah Pengarah Urusan Hong Leong Yamaha Motor, Datuk Jim Khor dan Pengarah Urusan Hong Bee Motors, Justin Chuah. Kira-kira 100 orang telah hadir di pusat Yamaha Star Centre tersebut untuk meraikan kejayaan itu serta yang turut dimeriahkan oleh kehadiran pelumba MotoGP negara, Hafizh Syahrin Abdullah.











Gambar gambar dari FB Dato Jim Khor

Honda CBR250R jentera naked suku liter terkini

CB250R adalah sebahagian daripada keluarga baru 'sports naked' bersama CB1000R yang telah kami ceritakan dalam artikel sebelum ini. Ia turut membawakan keseronokan dua roda dalam bentuk yang unik dan ringan.

Honda CB250R ini seberat hanya 145kg dan merupakan bintang ringan baru Honda dalam kelebihan prestasi dalam bentuk enjin silinder 250 cc tunggal sejukan cecair DOHC dengan gaya dan kehadiran baru yang unik, Hasrat CB250R ini adalah untuk membangkitkan dan memberi inspirasi kepada penunggang muda. Kuasa puncak adalah sekitar 27 hp @ 9000rpm, dengan tork puncak 23.3Nm @ 8000rpm.
Ciri-ciri premium yang banyak hvdir hanya pada jentera yang lebih besar adalah seperti tongkat keluli yang dipasang dengan getah, paparan instrumen LCD dan pencahayaan LED penuh, brek ABS yang menyerlahkan lagi kualiti dan menambah kebanggaan pemilikan.

CB250R boleh didapati dalam tiga warna, perak Matt Bullet Silver, hitm Grafit dan merah Candy Chromosfer Red. CB250R berharga asas RM22,999 termasuk GST dan dijangka tersedia di pasaran dari bulan Julai dan seterusnya. Boon Siew Honda juga menawarkan waranti pembuatan dua tahun atau 20,000km (mana yang lebih awal).

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai CB1000R dan CB250R, pelanggan boleh mengunjungi peniaga Honda atau menelefon nombor Tol Bebas Honda di 1-800-88-3993 atau log masuk ke www.hondabigbike.com.my.

CB250R Specification
Model
CB250R
ENGINE
Type
Liquid-cooled, 4 stroke, DOHC
Displacement(cm³)
250
Bore X Stroke(mm)
76.0 x 55.0
Compression Ratio
10.7 : 1
Max. Power (kW/rpm)
20.3 @ 9000
Max. Torque (N.m/rpm)
23.3 @ 8000
Clutch Type
Manual Clutch
Transmission Type
6 Speed
Transmission Gear Ratio
1st : 3.416, 2nd : 2.250 3rd : 1.650, 4th : 1.350, 5th : 1.156, 6th : 0.769
Starter
Electric Auto Start
FUEL SYSTEM
Carburation
PGM-FI
Fuel Tank Capacity (ℓ)
10.1 L
CHASSIS
Dimensions (L x W x H) (mm)
2020 x 805 x 1050
Wheelbase (mm)
1355
Ground Clearance (mm)
150
Seat Height (mm)
800
Caster Angle
24°
Kerb Weight (kg)
145
SUSPENSION, WHEELS & BRAKE
Suspension Type
Front : USD Telescopic
Rear : Monoshock Swing Arm
Tyres
Front : 110/70R17M/C 54H (Tubeless)
Rear  : 150/60R17M/C 66H (Tubeless)
Brakes Type
Front : Hydraulic Disc, ABS
Rear : Hydraulic Disc, ABS