Walaupun baru kali kedua berlumba dalam kejuaraan Moto2, penunggang SIC Racing Team, Niki Tuuli, menunjukkan peningkatan cemerlang ketika berjuang untuk mata di Grand Prix Itali semalam.
Niki melintasi garisan penamat di tempat ke-17 setelah tewas dalam perjuangan untuk tempat keempat belas.
"Pagi ini saya bergelut sedikit semasa sesi pemanasan Warm Up kerana saya masih sukar untuk mencari rentak menunggang yang lebih teliti; gaya saya agak agresif di tempat yang salah. Perkara terbaik mengenainya ialah saya tahu di mana saya perlu mperbaiki supaya kita boleh membuat kemajuan.
Dalam perlumbaan tersebut lima hingga enam pusingan pertama agak sukar sebelum saya mendapat rentak saya, tetapi selepas itu saya dapat mencari langkah saya dan mula memintas. Kutipan mata sangat nyaris hari ini dan ini hanya perlumbaan kedua saya, jadi saya gembira dengan hal ini. Kami mengurangkan jurang kami ke hadapan dalam perlumbaan dengan lebih daripada lima belas saat, berbanding Le Mans, jadi ia berakhir sebagai hujung minggu yang baik. Sudah tentu kita perlu lebih hampir ke depan, tetapi ia memerlukan masa. Kita dapat melihat bahawa kita membuat kemajuan dan menuju ke arah yang betul, jadi inilah perkara yang utama. Ianya hebat untuk bertarung merebut mata hari ini dan saya mempunyai beberapa pertembungan yang baik dengan penunggang lain. Saya sangat selesa berada di sini dan bagaimana semuanya berjalan; Inilah impian saya. Saya hanya mahu bertambah baik! "
No comments:
Post a Comment