Dari kiri: Sadahiko Matsumura, Ron dan Kendy Chan |
Pengarah Two Wheels Motor Racing, Ron Hogg berkata, "Kami amat menyedari bahawa Kejohanan Perlumbaan Asia Road Racing akhirnya mencapai tahap di mana kelas ASB1000 menjadi satu kemestian. Apabila siri ini mula mula diperkenalkan pada tahun 1996 dahulu, misi kami sentiasa mempromosikan dan membangunkan sukan perlumbaan motosikal di rantau ini. Selama beberapa dekad, kami sentiasa berpegang teguh pada arahtuju itu.
Ron Hogg |
Wakil Dunlop, Sadahiko Matsumura, pula mengatakan bahawa, "Dunlop memberikan kitmen sepenuhnya kepada kelas ASB1000, sama sebagaimana syarikat kami telah menjadi penyokong ARRC sejak tahun 1996. Bagi ASB1000, Dunlop akan menyediakan 8 set tayar setiap hujung minggu perlumbaan dengan pilihan dua sebatian.
Rancangan kami ialah untuk menawarkan lebih banyak pilihan bagi memenuhi keperluan pelbagai pasukan. Sekiranya kejohanan memutuskan untuk melaksanakan SuperPole, Dunlop juga akan menyediakan tayar yang sesuai untuk acara tersebut.
Kendy Chan, wakil FIM Asia turut memberi pendapat mengenai siri ini. "FIM Asia menyokong langkah ke kelas 1000cc ini sepenuhnya . Ini akan menyuntik minat dan pertumbuhan baru kepada sukan bermotor Asia dan pasti adalah bagus dari perspektif pembangunan pelumba.
No comments:
Post a Comment