Permintaan yang semakin meningkat bagi motosikal jalan raya bersesaran yang lebih tinggi kini dimeriahkan lagi pleh kedua dua model ini yang menyediakan gaya yang unik dan canggih dan berbekalkan prestasi yang hebat yang digabungkan dengan kerja teliti tradisional Jepun. Rangkaian Neo Sports Café ini membawa dimensi baharu yang segar kepada prestasi sporty dengan gaya café yang bergaya.
Penggayaan CB1000R 2018 mengambil arah baru yang berani dan berbeza dari arus motosikal naked biasa. Perincian estetik dan reka bentuk keseluruhan CB1000R telah dipenuhi dengan gaya dan pendirian yang jelas, bagi menggabungkan penampilan minimalis retro dengan pakej enjin dan casis berprestasi tinggi.
Kemua unit pencahayaan terdiri dari jenis LED dan lampu bulat nipis menggunapakai lampu berbentuk tapak kuda serta dua baris cahaya yang jelastersendiri. Lampu belakangnya juga merupakan jenis lampu separuh bulatan yang menyala penuh brek digunakan. Panel instrumen berbentuk T - disudahi dalam nada warna logam yang sama seperti pelekap lampu yang digabungkan ke tengkuk atas, meminimumkan saiz dan suis utama diletakkan di hadapan tangki bahan api.
Ia dilengkapi dengan enjin empat silinder DOHC 998cc yang menjana kuasa puncak 107kW @ 7,500rpm dengan tork maksimum 104N.m @ 8,250 rpm. Gerek dan lejang kekal pada 75mm x 56.5mm tetapi nisbah mampatan kini naik sebanyak 0.4 kepada 11.6 : 1.
Topang hadapannya terdiri dari jenis unit Showa boleh laras Fungsi Terpisah Big Fork Piston unit (SFF-BP). Ia mengasing fungsi redaman dalam satu kaki topang, namun menyampaikan kejituan kawalan dan keselesaan dalam pelbagai keadaan menunggang. Penyerap kejutan belakang Showa boleh dilaras prabebanan spring, mampatan dan redaman lantunan.
Sistem brek ABS dwi-saluran mengawal dua angkup brek empat omboh pemasangan radial berada di bahagian hadapan bagi mengapit cakera terapung 310mm, dan dipadankan dengan angkup berkembar yang mengawal cakera 256mm di belakang. Tayar depan kekal bersaiz 120/70 ZR17 dan 190/55 ZR17 pula untuk tayar belakang.
CB1000R boleh didapati dalam dua warna, hitam Graphite Black dan merah Candy Chromosfer Red.
Harga yang disyorkan adalah RM74,999 dengan 0% GST tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran. Model dijangka tersedia di pasaran dari bulan Julai dan seterusnya. Di samping itu, Boon Siew Honda juga menawarkan waranti pembuatan dua tahun atau 20,000km (mana yang lebih awal).
CB1000R Specification
Model
|
CB1000R
|
ENGINE
|
|
Type
|
Liquid-cooled, 4 stroke, DOHC, in-line 4 cylinder
|
Displacement(cm³)
|
998
|
Bore X Stroke(mm)
|
75.0 X 56.5
|
Compression Ratio
|
11.6 : 1
|
Clutch Type
|
Manual clutch wet multiplate type
|
Transmission Type
|
6 Speed
|
Transmission Gear Ratio
|
1st : 2.538, 2nd : 1.941 3rd : 1.578, 4th : 1.363,
5th : 1.217, 6th : 1.115
|
Max. Power (kW/rpm)
|
107.0 @ 7500
|
Max. Torque (N.m/rpm)
|
104.0 @ 8250
|
Starter
|
Electric Auto Start
|
FUEL SYSTEM
|
|
Carburation
|
PGM-FI
|
Fuel Tank Capacity (ℓ)
|
16.2 + 0.4 / 0
|
CHASSIS
|
|
Dimensions (L x W x H) (mm)
|
2120 x 789 x 1090
|
Wheelbase (mm)
|
1455
|
Ground Clearance (mm)
|
135
|
Seat Height (mm)
|
830
|
Caster Angle
|
25°
|
Kerb Weight (kg)
|
212
|
SUSPENSION, WHEELS & BRAKE
|
|
Suspension Type
|
Front: Showa USD Fork
|
Rear: Showa Monoshock
|
|
Tyres
|
Front: 120/70ZR17M/C (58W) (TUBELESS)
|
Rear: 190/55ZR17M/C (75W) (TUBELESS)
|
|
Brakes Type
|
Front: Hydraulic Double Disk
|
Rear: Hydraulic Single Disk
|
No comments:
Post a Comment