Marc Márquez telah mengungguli jentera dua roda dan telah cuba beralih kepada jentera empat roda iaitu kereta Formula 1 untuk pengalaman kelajuan baru di litar.
Juara MotoGP empat kali ini memimpin kejuaraan tahun ini selepas enam pusingan, dan telah mengambil tempat di belakang stereng kereta Scuderia Toro Rosso F1 untuk memandu beberapa pusingan di litar Red Bull Ring.
Marquez diberi peluang untuk beralih dari motosikal Repsol Honda ke kereta F1 STR. Pelumba muda Sepanyol itu memandu selama beberapa jam di Red Bull Ring di Spielberg menjelang Grand Prix Austria di sana musim ini.
Dia terlebih dahulu telah menjalani siri latihan dengan simulator sebelum pergi ke litar untuk menjalankan ujian sebenar.
Teruja selepas hanya beberapa pusingan, beliau berkata: "Ia sentiasa menjadi impian saya untuk berlumba dengan kereta terpantas di dunia. Saya sangat menantikan hari ini, dan saya tidak tidur dengan baik. Akhirnya saya dapat mengalami pengalaman yang luar biasa, dan kemuncak kerjaya saya yang mutlak.
Terdapat perbezaan besar dengan MotoGP. Penglihatan yang terhad adalah satu cabaran besar, terutamanya. Anda rasa lebih terperangkap di dalam kokpit. Jarak brek dan pemasaan untuk menangani selekoh sama sekali berbeza. Sebuah kereta Formula 1 mempunyai lebih banyak daya ke bawah atau downforce, dan tentu saja menghasilkan banyak keseronokan di bahagian litar yang banyak selekoh, khususnya. "
No comments:
Post a Comment