Penunggang motosikal di Malaysia kini mempunyai bantuan navigasi Google Maps yang lebih tepat dengan pengenalan 'mod motosikal'. Ia menyediakan pandu-arah atau navigasi yang direka khusus untuk kenderaan beroda dua.
Antara perbezaan antara mod motosikal dengan panduarah kereta adalah memandangkan terdapatnya beberapa laluan yang tidak dibenarkan bagi kenderaan roda dua di Malaysia. Sebagai contoh, motosikal dilarang dari beberapa lebuh raya; dan perlu mangambil laluan yang berbeza.
Namun mungkin sebab utama adalah motosikal juga bergerak pada kelajuan yang berbeza dari kereta, yang mengubah pengiraan masa perjalanan bagi pandu-arah Google (dan juga yang lain seperti Waze).
Mod motosikal bukanlahsesuatu yang baru bagi Google. Ianya telah dilancarkan di India dan Indonesia. Kelewatan dalam melancarkan ciri ini adalah disebabkan oleh pelbagai jenis laluan motosikal yang dihadapi di negara berlainan. Contohnya, Malaysia adalah salah satu daripada beberapa negara yang mempunyai larangan bermotosikal bagi beberapa lebuhraya seperti Lebuhraya Persekutuan di Kuala Lumpur.
Namun begitu, Google tidak mengesyorkan penunggang motosikal menggunakan ciri navigasi ini sepenuhnya sebenarnya. Menggunakan telefon pintar semasa menunggang adalah salah di sisi undang undang dan mengundang bahaya keselamatan. Sebaliknya, mod ini bertujuan untuk membantu membuat perancangan perjalanan; dan pengguna disarankan untuk berhenti di sepanjang jalan dan merujuk kepada laluannya.
No comments:
Post a Comment