Perodua telah menganjurkan program keselamatan jalan raya
selama sebulan untuk 8,000 kakitangannya. Inisiatif selama sebulan ini adalah sebagai
peringatan kepada para pengguna jalan raya mengenai peraturan asas serta tip
keselamatan berguna yang mampu menjimatkan masa dan wang ketika dalam
perjalanan pulang untuk bertemu keluarga tersayang. Hampir 7,000 dari pekerja mereka telah pulang ke
kampung halaman masing-masing di musim perayaan ini.
"Perjalanan pulang semasa musim
perayaan adalah lebih mencabar kerana terdapat banyak kenderaan di atas jalan raya. Pada ketika itu, adalah penting untuk kita
terus bertenang, berwaspada dan berhemah ketika memandu," kata Presiden
dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk (Dr) Aminar Rashid Salleh.
Program keselamatan ini merupakan
sebahagian daripada inisiatif Kempen Keselamatan Jalan Raya Perodua yang
dilancarkan pada Oktober 2017, sebuah projek selama 5 tahun bertujuan untuk
mendidik orang ramai mengenai kepentingan peraturan asas jalanraya bagi mengelakkan
sebarang kemalangan berlaku.
Intipati utama program ini adalah
untuk menggalakkan penggunaan tali pinggang keledar, menggunakan isyarat
membelok, penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak dan tidak menggunakan
telefon mudah alih ketika memandu.
"Kami percaya pendidikan harus bermula
daripada rumah dan oleh sebab itu Kempen Keselamatan Jalan Raya Perodua lebih
menumpukan kepada mendidik masyarakat kita tentang pentingnya peralatan
keselamatan di kenderaan mereka serta memupuk amalan memandu secara selamat dan
berhemah.
"Kami percaya melalui contoh
yang diteladani dan kami berharap semua pemandu Malaysia juga dapat menerima
dan menyambutbaik seruan kami dalam menjadikan Malaysia jalan raya paling
selamat di rantau ini," kata Datuk (Dr) Aminar.
Program keselamatan dalaman Perodua
bermula sebulan yang lalu dengan penganjuran kursus selama dua hari oleh
Persatuan Keselamatan Jalan Raya dan Pengangkutan Malaysia pada 15hb dan 16hb
Mei. Sebanyak 69 pekerja telah didedahkan dengan pelbagai topik keselamatan
termasuk punca utama kemalangan dan prosedur pra-pemeriksaan kenderaan yang
betul.
Selain itu, dalam memastikan
motosikal milik kakitangan berada dalam keadaan baik sebelum cuti Raya,
pemeriksaan percuma telah dilakukan pada 6hb Jun. Sebanyak 47 buah motosikal
telah diperiksa yang mana pemilik akan dimaklumkan mengenai sebarang kerosakan
sekiranya ada dan diminta untuk memperbaikinya dengan kadar segera.
Perodua juga turut menjalankan perkhidmatan
50-titik pemeriksaan kereta secara percuma melalui Tweckbot Pre-Raya. Melalui
aktiviti ini, Perodua berjaya memeriksa 380 kenderaan Perodua secara
keseluruhan di dua lokasi iaitu di Tesco Kota Bharu di stesen Petronas di Kota Kinabalu
dari 12-14 Mei.
Tweckbot akan berada di Petronas
Sungai Buloh PLUS R&R pada 23 dan 24 Jun untuk pemeriksaan Pasca-Raya
dengan menawarkan sebanyak 20% diskaun bagi alat ganti dan aksesori kepada
semua kenderaan yang diperiksa yang kembali ke pusat servis sah Perodua di
seluruh negara.
"Kepada pelanggan yang dihargai,
sila selenggara kenderaan Perodua anda di pusat servis sah Perodua.
Kami ingin mengucapkan Selamat Hari
Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua yang beragama Islam. Kepada
yang lain, selamat bercuti dan semoga perjalanan andakata Datuk (Dr) Aminar.
No comments:
Post a Comment