Art
of Speed, acara tempatan Ol-Skool & Kustom Kulture Malaysia kembali dengan
acara tahunannya untuk semua peminat kereta dan motor, mempamerkan seni kustom
tempatan yang terdiri daripada kereta dan motosikal yang diubahsuai serta
restorasi, galeri seni, aktiviti interaktif dan hadiah cabutan bertuah yang
sangat menarik!
Acara ini telah diadakan
pada 28 - 29 Julai 2018 di Malaysia Agro Exposition Park, Serdang (MAEPS). Art
of Speed 2018 (AOS 2018) dibuka untuk lawatan dari jam 10:00 pagi hingga 7:00
petang. Acara ini merekodkan 45,000 pengunjung untuk dua hari.
MOHAMAD NASRUDIN ABDULLAH, pemenang hadiah cabutan bertuah C600R Streetcub _Papa Jahat_ |
Peminat kereta dan motorsikal telah
berpeluang bertemu dengan tetamu antarabangsa dari:
1. James
Ken Blackmon dan Wilburlavard Thomas III daripada Trico; Amerika Syarikat
2. Dean
Ian Micetich dan Jimmy Dean Horn Jr. daripada Dice Magazine; Amerika Syarikat
3. Mark
Arcenal daripada Illest/Fatlace; Amerika Syarikat
4. Jeff
Holt daripada V-Twin Visionary Magazine; Amerika Syarikat
5. Nau
Shima dan Yuki Hitomi daripada Tokyo Indians MC; Jepun
6. Ray
Luke Matthew Bellerby daripada Fuel Tank Magazine; Australia
7. Geoffrey
Douglas Baldwin daripada Return of the Café Racers; Australia
8. Makoto
Watanabe daripada Chopper Journal Magazine; Jepun
9. Yoshida
Shinya daripada YENC Magazine, Jepun
10. Kanda
Manabu daripada Kalifornia Look Magazine, Jepun
11. Dino
Dalle Carbonare daripada Speedhunters.com; Jepun
12. The
Nash daripada Burnout Magazine; Jepun
13. Shige
Suganuma dan Hiro “Wildman” Ishii daripada MOONEYES
14. Gen
daripada Love Ear Art; Jepun
15. Ken
Sugihara daripada Fustyworks; Jepun
16. Mr.
G Tiki Art & Pinstriping; Jepun
17. Makoto
M&K Custom Signs; Jepun
18. Cynar
daripada Jepun
19. Daisuke
Sakon daripada Kustomstyle; Jepun
Sorotan khas untuk AOS 2018 termasuk:
1.
Art of Speed Invitational Bike Build
Off 2018 yang dikuasakan oleh PETRONAS, telah menyaksikan 8 pembina khas
daripada Malaysia & Singapore bersaing untuk hadiah wang tunai RM10,000 (pemilihan
juri) & wang tunai RM5,000.00 (pilihan awam). Pembina khas yang bersaing
ialah:
-
Rusty Factory daripada Ipoh, Perak
-
Soul Garage daripada Sungai Petani,
Kedah
-
JZ Engineering & Services daripada
Pasir Gudang, Johor
-
No Die Cycles daripada Ampang,
Selangor
-
Beautiful Machines daripada Kuala
Lumpur
-
Dstreet Customs daripada Singapura
-
Kenstomoto daripada Kuala Lumpur
-
Skateture Custom Works daripada Kuching.
Sarawak
Pertandingan Build Off ini menampilkan keputusan yang
memukau dengan menyaksikan juara
bertahan dari tahun lepas apabila keputusan menyeluruh pemilihan juri memihak kepada Muhammad Khalid Musa dari Rusty
Factory dengan hasil karya yang
sangat terperinci iaitu motorsikal BMW R75/6 yang telah diubahsuai. Anak muda berusia 31 tahun dari Ipoh juga
membawa pulang hadiah wang tunai Pilihan
Awam dengan undi yang paling banyak mengalahkan 7 pembina khas yang lain.
2.
Hot Wheels menyambut Ulang Tahun ke-50 di Art of
Speed 2018 dengan Dmitriy Shakhmatov, Pengurus Reka Bentuk Global Hot Wheels.
Shakhmatov berkunjung ke Malaysia dari Amerika Syarikat bersempena Hot Wheels
Southeast Asia Tour dan juga mengadakan sesi bertemu khas dengan peminat Hot
Wheels. Beliau memperkenalkan reka bentuk “Car Culture 2019” dengan kerjasama
Porsche RWB, serta meraikan RWB Porsche 911 yang bersaiz sebenar yang telah
dibuat menjadi model Ulang Tahun ke-50 Hot Wheels. Pratonton model tersebut di
acara ini adalah kali pertama ia didedahkan kepada orang ramai.
3.
HOUSE OF VANS Skateboard & pertandingan
BMX dan bengkel seni menjadi bahagian
yang menarik dengan banyak aktiviti untuk kanak-kanak, remaja dan untuk mereka
yang sentiasa muda di hati.
4.
Hail Vintage 2018 menampilkan pameran
denim vintaj dari tahun 1870 dan koleksi bernilai lebih RM1,000,000.00. Pameran
ini juga menganjurkan pasar vintaj dan koleksi yang berharga.
5.
Art Of Speed X Dice Magazine Party, pesta
rasmi hujung minggu. Malaysia menyertai London, Tokyo, Los Angeles & New
York menjadi tuan rumah Dice Magazine Party. Persembahan langsung dari kugiran
musik Gerhana Ska Cinta dan Black & Blues Band serta set DJ dari Disko
Santan. DICE Magazine Party diadakan di Jenerator, KL City Walk pada 28 Julai
2018, malam Sabtu pada 10 malam hingga 1 pagi.
6.
Mudah.my sebagai Vendor Motorsikal
Rasmi yang mengadakan kerjasama khas dengan Pa’Din Musa yang membina khas
sebuah motorsikal streetcub yang dilancarkan pada acara ini.
7.
Kustom & Koffee Talk bersama Engear
di wawancara oleh Shamsul Yunos
berlangsung di dalam Dewan A pada pukul 2 petang bersama-sama panel dari
luar negara seperti Jimmy Dean dari Dice Magazine, Mark Arcenal dari Illest
& Fatlace, Will dari Trico, Geoff dari The Return of Café Racers, Luke dari Fuel
Tank dan Dmitry dari Hot Wheels. Forum ini membicarakan topik-topik terkini di dalam
industri permotoran dan kereta.
8.
Ducati telah melancarkan produk baru
di atas pentas utama di dalam Dewan A pada pukul 3 petang.
9.
Kawasaki juga melancarkan produk baru di dalam
kawasan pameran mereka pada 11 pagi di dalam Dewan A.
Muzik adalah salah satu elemen penting
dalam acara Art of Speed dan tahun ini AOS memperkenalkan “Sound Circus” sebagai
tema pentas utama yang menampilkan Fox Wanna Fly sebagai kugiran pembukaan pada
hari Sabtu bagi melancarkan lagu rasmi acara berjudul “Inspirasi”. Pengunjung
AOS 2018 jugadihiburkan oleh kugiran muzik seperti Plague Of Happiness yang menjadi persembahan
utama pada hari Sabtu dan konsert “comeback” oleh Bittersweet yang telah
menutup acara AOS 2018 pada hari Ahad dengan penuh gaya!
Akhir sekali, terdapat cabutan bertuah
harian pada hari Sabtu dan Ahad dimana seorang pemenang; Shamsudin Yakob
memenangi pakej berbayar untuk SEORANG (1) untuk melawat The 27th
Annual Yokohama Hot Rod Custom Show 2018 dan Mohamad Nasrudin Abdullah telah
memenangi SATU (1) unit C600R Streetcub oleh FNG Works. Hadiah-hadiah ini telah
diberikan pada hari Sabtu & Ahad.
Meneruskan
tradisi untuk menginspirasikan komuniti tempatan, penganjur sekali lagi membawa
masuk kenderaan vintaj dan ubah suai yang mengkagumkan dari luar negara. Tahun
ini, pengunjung akan dijamu dengan:
1. NAU SHIMA & YUKI HITOMI daripada
Tokyo Indians MC memaparkan 2 unit 1947 INDIAN CHIEF (JEPUN).
2. SHIGE SUGANUMA pemilik MOONEYES memaparkan
1978 HARLEY-DAVIDSON SPORTSTER MQQN DIGGER SHOW BIKE (JEPUN) & 1954 MQQN
BUG DRAG RACE CAR (JEPUN) dibina oleh MASASHI TAZAKI daripada ONE LOW JAPAN dan
dipandu oleh YUTAKA KIJIMOTO yang menghadiri acara ini juga.
Sebuah lagi kenderaan khas yang dibawa khas dari Amerika Syarikat untuk
dipaparkan di dalam DEWAN A di kawasan House of Vans:
1.
BRYAN SCOTT THOMPSON daripada THOMPSON
CYCLES memaparkan 1955 VANS TRIUMPH (Amerika Syarikat)
Menurut Asep Ahmad Iskandar,
Pengasas Art of Speed Malaysia, “Edisi
tahun ini pastinya pengelolaan yang paling terbaik dengan kepelbagaian dan
kerumitan pemilihan kenderaan malah kami juga menambah baik bilangan aktiviti
sepanjang dua hari untuk memenuhi permintaan semua golongan umur pengunjung.”
“Ini
termasuk juga pertandingan Show & Shine di dalam dewan berhawa dingin
seluas 150,000 kaki persegi yang akan dipenuhi dengan kenderaan kustom dan
klasik didalam Dewan A, ditambah dengan NEAT Fest di Dewan C yang akan
dikelolakan oleh NoEqual, galeri seni yang bernama Moto Circus yang disertai
oleh artis tempatan dan antarabangsa, persembahan langsung dari Sound Circus
dan juga aktiviti mesra keluarga seperti bengkel seni di House of Vans, acara
Soap Box Show & Go!, acara bazaar jualan dan arena belia dengan taman papan
luncur & taman BMX yang dihoskan oleh House of Vans.”
Aktiviti Art of Speed 2018 yang lain
termasuk:
•
Pandu uji motorsikal dari Indian
Motorcycles & Royal Enfield
•
Roda Rumble 2018 – Perhimpunan Dua
Roda & Pesta Kawasan Parkir
•
Taman Makanan yang menampilkan Lori Makanan,
Bazar Jualan dan Pasar Lambak Vintaj
Art of Speed 2018 juga menganjurkan Perhimpunan Kelab Mega dan Roda
Rumble yang keempat dari kumpulan Retro Mania yang menyuntik keseronokan baru
kepada semua pemilik kenderaan klasik, retro dan olskool.
Pemenang Best of Show dalam
pertandingan Show & Shine di dalam kategori kereta dan motosikal akan
memenangi percutian dan hadir ke acara 27th Annual MOONEYES Yokohama
Hot Rod and Custom Show pada Disember ini sebagai tetamu kehormat.
Senarai pemenang
AOS2018 :
1.
BEST
OF MEGA CAR & MOTORCYCLE CLUB GATHERING
Old VW Malaysia
2. BEST MARKETPLACE
VANS
3. BEST DISPLAY MOTORCYCLE
Mohd Hatta Yahya
4. BEST DISPLAY CAR
Abd Wahab Bahari
Rusty Factory – Muhammad Khalid Musa – 1975 BMW R75_6 |
AOS Invitational
Bike Build Off
1.
Pilihan
Juri
Rusty
Factory – Muhammad Khalid Musa – 1975 BMW R75/6 (Malaysia)
2.
Pilihan
Awam
Rusty
Factory – Muhammad Khalid Musa – 1975 BMW R75/6 (Malaysia)
Best Of Show
Automobile
Hiszawawi
Samseh – 1966 Chevrolet C10 Long Bed (Malaysia)
Best Of Show
Motorcycle
Pa’Din Musa – 1959 Panhead
Harley-Davidson (Malaysia)
Pilihan dari
Jemputan
1.
Shige Suganuma – MOONEYES PICK
Mark
Arcenal – FATLACE/ILLEST PICK
MAKOTO
PICK
Pemenang : 405 Industries (Malaysia)
2.
Daisuke
Sakon – KUSTOMSTYLE PICK
Pemenang: Jalil
(Malaysia)
3.
Jeff
Holt – VTWIN VISIONARY PICK
Pemenang : Asrul @ Joejot
(Malaysia)
4.
Will
& James Ken – TRICO PICK
Yuki Hitomi & Nau Shima – TOKYO
INDIAN MC PICK
Pemenang : Pa’din Musa
(Malaysia)
5.
Dean
Micetich & Jimmy Dean – DICE MAGAZINE PICK
Pemenang: Nasir Skateture
Custom Works (Malaysia)
6. Makonabe – CHOPPER JOURNAL MAGAZINE
PICK
Yoshida Shinya – YENC MAGAZINE PICK
Ken Sugihara – FUSTY WORKS PICK
Geoffrey – THE RETURN OF CAFÉ RACERS
PICK
BRYAN THOMPSON – THOMPSON CYCLES PICK
Pemenang : Muhammad Khalid Musa (Malaysia)
7.
Dino
Dalle Carbonare – SPEEDHUNTERS.COM PICK
Pemenang : Ken Gan (Malaysia)
8.
NoEqual
PICK
Pemenang: Steven Toh (Malaysia)
9.
THE
NASH PICK
Pemenang : Jap Loh (Singapore)
10.
Mr.
G PICK
Luke – FUEL TANK PICK
Pemenang : Lebai Game (Malaysia)
11.
GEN
LOVE ART PICK
Pemenang : Nodie Irwan (Malaysia)
12.
CHRISTIAN
COUJIN PICK
Pemenang: Velson Khoo Jun Hong (Malaysia)
Pemenang AOS2018
Show & Shine
Lowrider Category
1.
Best
of 12”, 16” & 20” Wheel Lowrider
Henry
Siema Setiawan (Indonesia)
2.
Best
of 24”, 26” & Open Wheels Lowrider & Limousine
Mohd Fariz Md Minkom (Malaysia)
3.
Best
Classic BMX
Afihahizal Ahamad (Malaysia)
KATEGORI PILIHAN
1.
BEST
PAINT
Henry
Siema Setiawan (Indonesia)
2.
BEST
FABRICATION
Pak
Din Gercust Kluang (Malaysia)
Kategori Kereta
1.
BEST
OF GERMANS (CLASSIC)
Ismail
Ibrahim (Malaysia)
2.
BEST
OF ITALIANS (CLASSIC)
-tiada
pemenang-
3.
BEST
OF BRITISH (CLASSIC)
Middleton
(Canada)
4.
BEST
OF JAPANESE (CLASSIC)
Lebai
Garage (Malaysia)
5.
BEST
OF USA/MUSCLE
Awie
44 (Malaysia)
6.
BEST
OF SWEDISH
-no
winner-
7.
BEST
OF MODERN CLASSIC
Ken
Gan (Malaysia)
8.
BEST
OF MODERN JDM
Jason
Teoh Kok Liong (Malaysia)
9.
BEST
OF MODERN EURO
Paulson
Chan (Malaysia)
10.
BEST
OF NATIONAL HEROES
Mohd
Nizam Kamarozaman (Malaysia)
11.
BEST
OF RADIKAL (CLASSIC & MODERN)
Saifudin
Dani(Malaysia)
12.
BEST
OF CLASSIC WAGON
Mohamad
Talha (Malaysia)
13.
BEST
OF VAN
Abdul
Wahab Bahari (Malaysia)
14.
BEST
OF VW BEETLE
Wan
Azhar (Malaysia)
15.
BEST
OF VW BUS
Ravinder
Singh (Malaysia)
16.
BEST
OF VW AIR-COOLED RESTOMOD
Amirul
Hafiz (Malaysia)
17.
BEST
OF RAT LOOK
Mohamad
Meezam Azmi (Malaysia)
18.
BEST
OF STANCE
Irfan
(Malaysia)
19.
BEST
OF RACE CAR
Alvin
Yak (Malaysia)
20.
BEST
PAINT
Mira
Drag Car (Malaysia)
21.
BEST
INTERIOR
Rajinder
Singh (Malaysia)
22.
BEST
ENGINE BAY
Alex
Wong (Malaysia)
Kategori
Motorsikal
1.
BEST
OF OPEN CLASS
Abd
Rasid Ismail (Malaysia)
2.
BEST
OF CHOPPER
Pa’Din
Musa (Malaysia)
3.
BEST
OF BOBBER
Abd
Rasid Ismail (Malaysia)
4.
BEST
OF CAFÉ RACER
Mohd
Aidzam (Malaysia)
5.
BEST
OF MODIFIED HARLEY-DAVIDSON
Rel
Harun (Malaysia)
6.
BEST
OF CLUB STYLE
Asrol@Joeyot
(Malaysia)
7.
BEST
OF CUSTOM BAGGER
Rolling
Ink – Iron Head MG (Malaysia)
8.
BEST
OF JAP STYLE & TRACKER
Bunny
Builds (Singapore)
9.
BEST
OF RESTORED CLASSIC SCOOTER
Muhammad
Naqib Mustaffa – 88 Machine (Malaysia)
10.
BEST
OF STREETCUB
Wira
Syawal (Malaysia)
11.
BEST
OF RESTORED RETRO JAPANESE
Sundares
A/L Nadarajen (Malaysia)
12.
BEST
OF RESTORED CLASSIC CONTINENTAL & AMERICAN
Hatta
Yahya (Malaysia)
13.
BEST
OF MODIFIED CLASSIC CONTINENTAL & AMERICAN
Naim
Fadhli – Beautiful Machines (Malaysia)
14.
BEST
OF CUSTOM STREET BIKE
Muhammad
Naqib Mustaffa – 88 Machine (Malaysia)
15.
BEST
PAINT
Rogan
Ng (Singapore)
16.
BEST
ENGINEERING
Abd
Rasid Ismail (Malaysia)
17.
BEST
FABRICATION
-tiada
pemenang-
Maklumat
lebih lanjut mengenai acara ini boleh dilayari di www.artofspeedmy.com atau www.facebook.com/ArtOfSpeedMY/