#55 Hafizh Syahrin pasrah di TT Assen

Pusingan kelapan Kejohanan Dunia MotoGP 2018 telah menyaksikan Johann Zarco beratur dalam barisan ketiga grid dan berjuang dalam kumpulan depan sepanjang perlumbaan 26 pusingan yang sengit yang akhirnya melintas bendera penamat dalam kedudukan kelapan. Kini, pelumba Perancis itu berada di posisi keempat dalam kedudukan keseluruhan serta mengetuai kejuaraan pelumba bebas dengan 81 mata.


Seorang lagi pelumba Monster Yamaha Tech3, Hafizh Syahrin menghadapi kesukaran dalam perlumbaan MotoGP pertamanya di Litar TT yang mencabar itu. Anak muda Malaysia itu berjuang keras bersama rakan rookienya Takaaki Nakagami di peringkat akhir perlumbaan dan akhirnya menang kerana penalti yang dikenakan pada lawannya.
Johann Zarco
Kedudukan: 8 - Kejuaraan: 4 - Mata: 79

"Saya melihat beberapa perkara di sesi pemanasan dan berkata bahawa ia akan menjadi sukar untuk bertarung dan saya mahu membuat beberapa langkah, agar mampu bertarung dan membrek dengan baik dan kekal bersama mereka. Saya fikir, kita telah melakukan langkah itu, jadi ianya berasa baik. Permulaan juga baik, kemudian Iannone memintas Rins and Rins terpaksa mengelak luas, bagaimanapun ia menjadi lebih rumit untuk mendapatkan kedudukan pada mulanya, tetapi dengan tiba tiba saya merasa baik, boleh memotong Petrucci, mendekati Crutchlow dan dapat bertahan dengan kumpulan yang hebat ini, yang sedang menunggang dengan baik. Saya dapat bertahan dengan mereka, tetapi tidak cukup untuk benar-benar berjuang kerana kita bermasalah pada hujung minggu ini, Mungkin saya hilang peluang untuk dapat bertarung bagi podium, tetapi saya harus pasrah. Kami kini keempat dalam carta kejuaraan, jadi kami perlu terus kuat. Secara keseluruhannya, ianya satu perlumbaan yang hebat dan lucu juga."


Hafizh Syahrin
Kedudukan: 18 - Kejuaraan: 17 - Mata: 17

"Saya mohon maaf kepada pasukan saya! Pada permulaan perlumbaan saya berada di tahap yang baik di belakang Dani Pedrosa. Saya bermula bagus, tetapi kemasukan ke selekoh pertama terlalu ketat dan saya tidak berjaya memilih laluan yang baik. Ramai pelumba lain telah memintas dari luar dan saya cuba untuk mengekalkan kelajuan yang baik. Namun selepas Lap 10 prestasi tayar saya mula menurun. Akhirnya saya hanya boleh cuba untuk belajar dari peristiwa ini. Kita tahu bahawa kita boleh berjuang untuk mata dan melakukan yang lebih baik dari kedudukan ini. Saya akan cuba untuk bekerja keras dan ingin belajar dari pengalaman ini. "

No comments: