Afif menang lagi kini di Melaka

Ahmad Afif Amran untuk meraih kemenangan keduanya dalam saingan CP150 setelah menjuarai Pusingan 3 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS, dalam cuaca hujan dan litar basah di Jasin, Melaka.

Afif yang mewakili pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing itu telah berjaya memintas pendahulu perlumbaan, Kasma Daniel Kasmayuddin (PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor) pada pusingan terakhir untuk muncul juara. Beliau juga mengekalkan kedudukan sebagai pendahulu keseluruhan dengan 70 mata selepas tiga pusingan kejuaraan.
Kasma yang berada di petak kedua grid permulaan telah bermula dengan baik untuk mendahului Hafiz Nor Azman yang bermula dari petak hadapan dan diekori rapat oleh Afif yang terus memberikan tekanan kepada Kasma sebelum berjaya memintasnya pada pusingan terakhir untuk menamatkan 20 pusingan perlumbaan dengan masa keseluruhan 16’24.720s. Kedua dua mereka ketika itu berada lebih sepuluh saat di hadapan para pelumba lain. Kasma yang terjatuh ketika Afif membuat percubaan untuk memintas bagaimanapun berjaya meneruskan perlumbaan untuk berada di kedudukan kedua dengan masa keseluruhan 16’34.308s manakala Mohd Hafiza Rofa dari pasukan ONEXOX TKKR Racing berjaya meraih podium pertamanya pada musim ini dengan menduduki tangga ketiga, 16’35.470s.


“Saya tidak mahu terburu-buru untuk memintas Kasma. Saya hanya cuba untuk mengekori dan melihat kemampuan jentera saya disamping cuba memberikan tekanan kepada Kasma. Sebaik masuk ke pusingan terakhir, saya mencari ruang untuk memintas dan gembira kerana ianya berjaya. Terima kasih kepada seluruh pasukan yang telah bekerja keras minggu ini,” jelas Afif.

Gelaran naib juara membantu Kasma untuk terus kekal di tangga kedua keseluruhan dengan mengumpul 61 mata manakala Hafiz di tangga ketiga dengan 29 mata.

CP150

1 Ahmad Afif Amran (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ 16:24.720s

2 Kasma Daniel Kasmayudin (JHR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 16:34.308s

3 Md Hafiza Rofa (TRG) ONEXOX TKKR Racing Team 16:35.470s

4 Fakhrusy Syakirin Rostam (JHR) Hi-Rev Rapido SCK Honda Racing 16:54.545s

5 Md Helmi Azman (SGR) Hi-Rev Rapido SCK Honda Racing 16:54.624s



Kedudukan Keseluruhan

1 Ahmad Afif Amran (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ 70

2 Kasma Daniel Kasmayudin (JHR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 61 mata

3 Md Hafiz Nor Azman (PRK) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ 29 mata

4 Fakhrusy Syakirin Rostam (JHR) Hi-Rev Rapido SCK Honda Racing 25 mata

5 Md Akid Aziz (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 24 mata

No comments: