Pengurus Pasukan Idemitsu Honda Givi Yuzy Racing, Shahrol Yuzy Ahmad Zaini berkata pengalaman
Amirul diperlukan untuk membantu dua lagi pelumbanya, Azroy Hakeem Anuar dan
Mohd Harith Farhan Baharin untuk berhadapan barisan pelumba senior di dalam
saingan kelas perdana.
Yuzy membuat percaturan
baharu apabila dengan meletakkan Amirul ke dalam
barisan pelumba CP150 bermula pusingan ketiga Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia
PETRONAS yang akan berlangsung di Jasin, Melaka pada hari ini. Amirul menggantikan pelumba muda, Mohd Aiman Azman
manakala Aiman akan beraksi dalam kelas CP115.
“Pasukan kami membariskan kesemua pelumba berusia belasan
tahun di dalam kelas CP150. Walaupun mereka menunjukkan prestasi yang agak baik
terutamanya Azroy, namun jelas perbezaan pengalaman menjadi penghalang utama
mereka. Sebab itulah saya meletakkan Amirul di dalam kelas ini,” jelas Yuzy.
“Tentang Aiman pula, saya yakin selepas berhadapan dengan
pelumba-pelumba handalan CP150 sepanjang dua pusingan lepas, tidak ada masalah
baginya untuk beraksi dalam kelas CP115.”
No comments:
Post a Comment