Art of Speed, acara tempatan Ol-Skool Kustom Kulture Malaysia kembali dengan acara tahunannya untuk semua peminat kereta dan motor, mempamerkan seni kustom tempatan yang terdiri daripada kereta dan motosikal yang diubahsuai serta restorasi, galeri seni, aktiviti interaktif dan hadiah cabutan bertuah yang sangat menarik!
Acara ini akan diadakan pada 28 - 29 Julai 2018 di Malaysia Agro Exposition Park, Serdang
(MAEPS). Art of Speed 2018 (AOS 2018) dibuka untuk lawatan dari jam 10:00 pagi hingga
7:00 petang. Acara ini mensasarkan lebih 40,000 pengunjung untuk dua hari.
Art of Speed Invitational Bike Build Off 2018 yang dikuasakan oleh PETRONAS, akan menyaksikan 8 pembina khas daripada Malaysia & Singapur bersaing untuk hadiah wang tunai RM10,000 (pemilihan juri); wang tunai RM5,000.00 (pilihan awam). Pembina yang bersaing ialah:
Rusty Factory daripada Ipoh, Perak
Soul Garage daripada Sungai Petani, Kedah
JZ Engineering & Services daripada Pasir Gudang, Johor
No Die Cycles daripada Ampang, Selangor
Beautiful Machines daripada Kuala Lumpur
Dstreet Customs daripada Singapura
Kenstomoto daripada Kuala Lumpur
Skateture Custom Works daripada Kuching. Sarawak
Hot Wheels akan menyambut Ulang Tahun ke-50 di Art of Speed 2018.
Pengurus Reka Bentuk Global Hot Wheels, Dmitriy Shakhmatov akan
berkunjung ke Malaysia dari Amerika Syarikat bersempena Hot Wheels Southeast
Asia Tour dan juga mengadakan sesi bertemu khas dengan peminat Hot Wheels.
Beliau akan memperkenalkan reka bentuk “Car Culture 2019” dengan kerjasama
Porsche RWB, serta meraikan RWB Porsche 911 yang bersaiz sebenar yang telah
dibuat menjadi model Ulang Tahun ke-50 Hot Wheels. Pratonton model tersebut di
acara ini adalah kali pertama ia akan didedahkan kepada orang ramai.
PertandinganSkateboard & BMX HOUSE OF VANS dan bengkel seni akan menjadi
bahagian yang menarik dengan banyak aktiviti untuk kanak-kanak, remaja dan untuk
mereka yang sentiasa muda di hati.
Hail Vintage 2018 akan menampilkan pameran denim vintaj dari tahun 1870 dan
koleksi bernilai lebih RM1,000,000.00. Pameran ini juga akan menganjurkan pasar
vintaj dan koleksi yang berharga.
Art Of Speed X Dice Magazine Party, pesta rasmi hujung minggu. Malaysia
menyertai London, Tokyo, Los Angeles & New York menjadi tuan rumah Dice
Magazine Party. Persembahan langsung dari kugiran musik Gerhana Ska Cinta dan
Black & Blues Band serta set DJ dari Disko Santan. DICE Magazine Party akan diadakan di Jenerator, KL City Walk pada 28 Julai 2018, malam Sabtu pada 10 malam hingga 1 pagi. Jemputan akan dipanjangkan pada peserta dan vendor dan orang awam dapat memperoleh jemputan dengan mendaftar dalam talian (terhad kepada 100 orang sahaja). Daftar atas talian di pautan ini:
http://bit.ly/DiCEMagPartyKL2018
Mudah.my sebagai Vendor Motorsikal Rasmi yang akan mengadakan kerjasama khas dengan Pa’Din Musa yang akan membina khas sebuah motorsikal streetcub yang akan diumumkan pada acara ini kelak.
Kustom & Koffee Talk bersama Engear di wawancara oleh Shamsul Yunos akan berlangsung di dalam Dewan A pada pukul 2 petang bersama-sama panel dari luar negara seperti Jimmy Dean dari Dice Magazine dan Mark Arcenal dari Illest & Fatlace. Forum ini akan membicarakan topik-topik terkini di dalam industri permotoran dan kereta.
Ducati akan melancarkan produk baru di atas pentas utama di dalam Dewan A pada
pukul 3 petang. Jangan lupa! Kawasaki juga akan melancarkan produk baru di dalam kawasan pameran mereka pada 11 pagi di dalam Dewan A.
Muzik adalah salah satu elemen penting dalam acara Art of Speed dan tahun ini AOS
memperkenalkan “Sound Circus” sebagai tema pentas utama yang akan menampilkan Fox
Wanna Fly sebagai kugiran pembukaan pada hari Sabtu bagi melancarkan lagu rasmi acara
berjudul “Inspirasi”. Pengunjung AOS 2018 juga akan dihiburkan oleh kugiran muzik seperti
Plague Of Happiness yang akan menjadi persembahan utama pada hari Sabtu dan konsert
“comeback” oleh Bittersweet yang akan menutup acara AOS 2018 pada hari Ahad dengan
penuh gaya!
Akhir sekali, terdapat cabutan bertuah harian pada hari Sabtu dan Ahad dimana pemenang
akan memenangi pakej berbayar untuk SEORANG (1) bagi melawat The 27 th Annual
Yokohama Hotrod Custom Show 2018 dan SATU (1) C600R Streetcub oleh FNG Works.
Hadiah-hadiah ini akan diberikan pada hari Sabtu & Ahad.
Meneruskan tradisi untuk menginspirasikan komuniti tempatan, penganjur sekali lagi
membawa masuk kenderaan vintaj dan ubah suai yang mengkagumkan dari luar negara.
Tahun ini, pengunjung akan dijamu dengan:
1. NAU SHIMA & YUKI HITOMI daripada Tokyo Indians MC memaparkan 2 unit 1947
INDIAN CHIEF (JEPUN).
2. SHIGE SUGANUMA pemilik MOONEYES memaparkan 1978 HARLEY-DAVIDSON
SPORTSTER MQQN DIGGER SHOW BIKE (JEPUN) & 1954 MQQN BUG DRAG
RACE CAR (JEPUN) dibina oleh MASASHI TAZAKI daripada ONE LOW JAPAN dan
dipandu oleh YUTAKA KIJIMOTO yang akan menghadiri acara ini juga.
Sebuah lagi kenderaan khas yang akan dibawa khas dari Amerika Syarikat untuk
dipaparkan di dalam DEWAN A di kawasan House of Vans:
BRYAN SCOTT THOMPSON daripada THOMPSON CYCLES memaparkan 1955
VANS TRIUMPH (Amerika Syarikat)
Menurut Asep Ahmad Iskandar, Pengasas Art of Speed Malaysia, “Edisi tahun ini pastinya
pengelolaan yang paling terbaik dengan kepelbagaian dan kerumitan pemilihan kenderaan
malah kami juga menambah baik bilangan aktiviti sepanjang dua hari untuk memenuhi
permintaan semua golongan umur pengunjung.”
“Ini termasuk juga pertandingan Show & Shine di dalam dewan berhawa dingin seluas 150,000 kaki persegi yang akan dipenuhi dengan kenderaan kustom dan klasik didalam Dewan A, ditambah dengan NEAT Fest di Dewan C yang akan dikelolakan oleh NoEqual, galeri seni yang bernama Moto Circus yang disertai oleh artis tempatan dan antarabangsa, persembahan langsung dari Sound Circus dan juga aktiviti mesra keluarga seperti bengkel seni di House of Vans, acara Soap Box Show & Go!, acara bazaar jualan dan arena belia dengan taman papan luncur & taman BMX yang dihoskan oleh House of Vans.”
Aktiviti Art of Speed 2018 yang lain termasuk:
Pandu uji motorsikal dari Indian Motorcycles & Royal Enfield
Roda Rumble 2018 – Perhimpunan Dua Roda & Pesta Kawasan Parkir
Taman Makanan yang menampilkan Lori Makanan, Bazar Jualan dan Pasar Lambak
Vintaj
Art of Speed 2018 juga akan menganjurkan Perhimpunan Kelab Mega dan Roda Rumble
yang keempat dari kumpulan Retro Mania yang akan menyuntik keseronokan baru kepada
semua pemilik kenderaan klasik, retro dan olskool.
Pemenang Best of Show dalam pertandingan Show & Shine di dalam kategori kereta dan
motosikal akan memenangi percutian dan hadir ke acara 27 th Annual MOONEYES
Yokohama Hotrod and Custom Show pada Disember ini sebagai tetamu kehormat.
Tahun ini penganjur memperkenalkan tiket Lorong Laju yang dibuka awal pada pukul 10
pagi yang berharga RM30 untuk dua hari. Pengunjung dapat menikmati satu jam lebih di
dalam dewan utama dan juga di Dewan C. Tiket mingguan biasa berharga RM15 juga dijual.
Peminat kereta dan motorsikal akan berpeluang bertemu dengan tetamu antarabangsa:
James Ken Blackmon dan Wilburlavard Thomas III daripada Trico; Amerika Syarikat
Dean Ian Micetich dan Jimmy Dean Horn Jr. daripada Dice Magazine; Amerika
Syarikat
Mark Arcenal daripada Illest/Fatlace; Amerika Syarikat
Jeff Holt daripada V-Twin Visionary Magazine; Amerika Syarikat
Nau Shima dan Yuki Hitomi daripada Tokyo Indians MC; Jepun
Ray Luke Matthew Bellerby daripada Fuel Tank Magazine; Australia
Geoffrey Douglas Baldwin daripada Return of the Café Racers; Australia
Makoto Watanabe daripada Chopper Journal Magazine; Jepun
Yoshida Shinya daripada YENC Magazine, Jepun
Kanda Manabu daripada Kalifornia Look Magazine, Jepun
Dino Dalle Carbonare daripada Speedhunters.com; Jepun
The Nash daripada Burnout Magazine; Jepun
Shige Suganuma dan Hiro “Wildman” Ishii daripada MOONEYES
Gen daripada Love Ear Art; Jepun
Ken Sugihara daripada Fustyworks; Jepun
Mr. G Tiki Art & Pinstriping; Jepun
Makoto M&K Custom Signs; Jepun
Cynar daripada Jepun
Daisuke Sakon daripada Kustomstyle; Jepun
Maklumat lebih lanjut mengenai acara ini boleh dilayari di www.artofspeedmy.com atau
www.facebook.com/ArtOfSpeedMY/
No comments:
Post a Comment