Benelli BEST-Shop Kajang dibuka

Benelli telah melancarkan kedai eksklusif Benelli  BEST-Shop mereka yang pertama di Selangor dan yang keempat di negara ini.

Jenama superbike Itali Benelli BEST-Shop Kajang ini terletak di No.2, Jalan Hentian 2, Pusat Hentian Kajang, Jalan Reko, 43000 Kajang, Selangor dan dikendalikan oleh pengedar sah mereka iaitu Kedai Motorsikal Tenaga Sdn Bhd.
Bilik pameran yang baru diubahsuai ini mempunyai galeri motosikal untuk mempamerkan rangkaian motosikal Benelli, pusat servis yang serba canggih, aksesori dan alat ganti tulen.

Benelli telah mendapat sambutan yang menggalakkan di Malaysia sejak pelancaran beberapa model yang popular iaitu seperti super cub RFS 150i, motosikal touring TRK 502 dan Leoncino yang berkonsep klasik. "Pusat pameran eksklusif dan servis di negeri Selangor ini akan memastikan semua pemilik Benelli dapat menikmati pengalaman pengguna yang terbaik," Kata Pengurus Besar MForce Bike Holdings Sdn Bhd, En. Asri Ahmad.
Benelli Malaysia baru-baru ini telah dipilih dan dilantik sebagai Pusat Ujian Jalan tunggal di Asia Tenggara oleh Benelli Global. Oleh itu, semua model motosikal baharu Benelli akan diuji di Malaysia sebelum dilancarkan di negara-negara
ASEAN yang lain.

Pada tahun 2017 Benelli Malaysia menerima anugerah bagi pencapaian terbaik untuk kategori jualan global, pengurusan jualan rangkaian dan pelancaran produk. "Kami yakin untuk mencapai kejayaan yang sama pada tahun ini dan juga untuk kategori perkhidmatan selepas
jualan pada tahun 2018," tambah Asri.
Bersempena dengan pembukaan baru ini, BEST-Shop Kajang menawarkan diskaun 20% untuk pembelian aksesori, merchandise dan alat ganti terpilih dari 21-22 Julai 2018. The BEST-Shop Kajang beroperasi dari 9 pagi - 7 malam dari Isnin hingga Jumaat, 9 pagi - 6 petang pada hari Sabtu dan ditutup pada hari Ahad. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi BEST-Shop Kajang di Tel 03-8737 2161, Fax 03-8741 0891 atau layari laman web rasmi Benelli di https://malaysia.benelli.com/ atau laman Facebook di http: // fb. com /malaysia.benelli











No comments: