GP Belanda 2018 perlumbaan terhebat sepanjang zaman!!

Rins, Marquez dan Vinales
Lapan pelumba bertarung dalam salah satu perlumbaan yang paling luar biasa sepanjang aman di GP Belanda 2018 yang mempamerkan aksi terbaik dari MotoGP, yang tentunya akan tercatat dalam buku sejarah sebagai salah satu yang terhebat.

Marc Marquez (Repsol Honda Team) yang muncul dari kelam kelibut pelumba untuk memenangi kejuaraan ke-70nya di litar. Namun TT Circuit Assen kan menjadi salah satu pentas persembahan terbaik MotoGP yang dibintangi Marquez, Valentino Rossi (MotoGP Movistar Yamaha), rakan sepasukan Maverick Viñales, Andrea Dovizioso (Pasukan Ducati), rakan sepasukan Jorge Lorenzo, Alex Rins (Team Suzuki Ecstar) dan Cal Crutchlow (LCR Honda Castrol). Dan Marquez, Rins dan Viñales terpaksa bertempur di bahagian depan dalam kumpulan lima belas teratas paling rapat sepanjang masa.

Marquez mendahului dari petak utama, dengan Crutchlow pada mulanya mengekorinya dari petak kedua di grid sehingga Lorenzo mencilok dari kedudukan kesepuluh hingga P2 selepas permulaan itu tidak menunggu lama untuk menyerang Marquez dan kedua mereka berada bersebelahan sehingga Lorenzo mendahului ke depan. Marquez kembali memintas di pusingan berikutnya di Selekoh 15, sebelum Lorenzo memintas kembali sekali lagi. Pertarungan ini hanyalah permulaan awal dari apa yang mendatang.

Rossi kemudian membuat serangan pertamanya pada selekoh terakhir, dan Lorenzo yang kemudiannya seperti tersentak sedikit telah dilanggar Rossi yang tidak dapat mengelak. Tetapi kedua-duanya kekal dalam perlumbaan dan kekal di hadapan, dengan Marquez, Dovizioso, Rins, Crutchlow dan Viñales membentuk kumpulan yang berjuang di depan.
Penyudahan terbaik Rins dalam kariernya
Marquez memintas Rossi, Viñales memotong Crutchlow, Dovizioso mengatasi Rossi, Dovizioso mencilok Marquez, Marquez membalas, Rins mengatasi Rossi dan kemudian Dovizioso ... tetapi Lorenzo kekal teguh di depan. Dengan kumpulan lapan pelumba dalam jarak masa satu saat, dari Lorenzo ke Johann Zarco (Monster Yamaha Tech 3) di belakang kumpulan rapat ini, ia benar-benar perlumbaan klasik yang mutlak.

Drama lebih besar berlangsung ketika 15 pusingan berbaki bilamana Rins menyerang Marquez dan kedua-duanya begitu rapat antara, tetapi Juara bertahan sedikit lewat memecut, dan corot ke belakang, dan Lorenzo kini dikejar oleh Rins dan Dovizioso.
Pelumba Itali itu menundukkan rakan sepasukannya untuk mendahului selepas itu dan Lorenzo mula turun sedikit, dengan Viñales kemudian memimpin untuk pertama kalinya dengan lapan pusingan berbaki. Seterusnya Marquez telah memintas semula ke depan, sebelum pusingan seterusnya menyaksikan kedua-duanya nyaris terkeluar ketika mereka mengasak untuk mendahului. Kemudian Rossi pula mengambil alih pada chicane akhir, tetapi 'DesmoDovi' mengatasinya kembali.

Marquez kemudian kembali ke P1 untuk memimpin. Dan selepas salah satu perlumbaan paling sengit, paling hebat dalam sejarah kejuaraan motorsport tertua di dunia ini, Juara bertahan tersebut telah dapat menjarakkan diri untuk memenangi kejuaraan keempatnya yang menakjubkan dan meningkatkan kedudukan keseluruhannya.
Vinales pasrah ketiga
Bagaimanapun, pertempuran di belakang belum lagi berakhir, dan Viñales telah mendahului untuk tempat kedua sebelum serangan pusingan terakhir dari Rins, dan penunggang Suzuki itu mengambil rostrum kelas perdananya bagi kali kedua. Viñales terpaksa pasrah di tangga ketiga, kembali ke podium untuk kali pertama sejak Texas.

Perjuangan untuk tempat keempat menunjukkan mengapa Rossi begitu giat berlatih. 'The Doctor' agak lewat tetapi memintas dari bahagian dalam Dovizioso di chicane Geert Timmer yang terkenal pada pusingan akhir, dan dia berada di hadapan - tetapi 'DesmoDovi' menghimpitnya kembali di ruang keluar, dan mendapat kedudukan yang baik, hampir setanding dengan Viñales.

Marquez, Rins, Viñales, Dovizioso dan Rossi diikuti oleh Crutchlow dan Lorenzo, dengan Zarco, Alvaro Bautista (Pasukan Angel Nieto) dan Jack Miller (Alma Pramac Racing) untuk menyelesaikan sepuluh teratas dalam salah satu perlumbaan dua roda terhebat yang pernah dipertandingkan.

Sayangnya, kita terpaksa menanti aksi di litar TT Circuit Assen untuk satu tahun lagi. Bolehkah perlumbaan yang lain mengatasi GP Belanda? Selepas salah satu perlumbaan terbaik sepanjang zaman, yang berikutnya adalah Grand Prix Jerman di Sachsenring pada 15 Julai, dan terdapat 10 lagi peluang untuk mempamerkan lebih banyak aksi yang menakjubkan dalam musim 2018 ini.
Crutchlow penunggang persendirian terbaik
Keputusan MotoGP ™
1 - Marc Márquez (SPA) HONDA 41'13.863
2 - Alex Rins (SPA) SUZUKI +2.269
3 - Maverick Viñales (SPA) YAMAHA +2.308

Rider Pasukan Bebas Pertama:
P6- Cal Crutchlow (GBR) HONDA +3.876

RACE RESULTS
01/07/2018




1. M. MARQUEZ REPSOL HONDA TEAM 41'13.863
2. A. RINS TEAM SUZUKI ECSTAR + 2.269
3. M. VIÑALES MOVISTAR YAMAHA MOTOGP + 2.308
4. A. DOVIZIOSO DUCATI TEAM + 2.422
5. V. ROSSI MOVISTAR YAMAHA MOTOGP + 2.963
6. C. CRUTCHLOW LCR HONDA CASTROL + 3.876
7. J. LORENZO DUCATI TEAM + 4.462
8. J. ZARCO MONSTER YAMAHA TECH3 + 7.001
9. A. BAUTISTA ANGEL NIETO TEAM + 7.541
10. J. MILLER ALMA PRAMAC RACING + 13.056
11. A. IANNONE TEAM SUZUKI ECSTAR + 14.255
12. P. ESPARGARÒ RED BULL KTM FACTORY RACING + 15.876
13. A. ESPARGARÒ APRILIA RACING TEAM GRESINI + 15.986
14. S. REDDING APRILIA RACING TEAM GRESINI + 16.019
15. D. PEDROSA REPSOL HONDA TEAM + 16.043
16. T. RABAT REALE AVINTIA RACING + 16.416
17. B. SMITH RED BULL KTM FACTORY RACING + 29.073
18. H. SYAHRIN MONSTER YAMAHA TECH3 + 33.824
19. T. NAKAGAMI LCR HONDA IDEMITSU + 34.037
20. T. LUTHI EG 0,0 MARC VDS + 47.853
21. D. PETRUCCI ALMA PRAMAC RACING N.C. (9 laps)
22. X. SIMEON REALE AVINTIA RACING N.C. (9 laps)
23. K. ABRAHAM ANGEL NIETO TEAM N.C. (15 laps)

No comments: