Memperkenalkan penawaran terkini MSX 125 SF, jentera kompak, mudah untuk ditunggang dan praktikal. Model ini menempa kejayaan di seluruh dunia apabila ia mula diperkenalkan pada tahun 2013, berkat peralatan motosikal bersaiz penuh. MSX125 merupakan produk yang benar-benar global (yang juga dikenali sebagai "Grom" di Jepun dan Amerika Syarikat). Demam MSX125 telah melanda seluruh dunia. Ia direka untuk penunggang muda, dan memaparkan enjin geseran rendah yang ekonomik, kotak gear empat kelajuan serta karektor dan gaya yang tersendiri tidak seperti jentera lain.
Mahukan keseronokan serius ketika bergerak dari satu tempat ke tempat lain? Atau hanya sekadar motosikal komuter harian anda? Honda MSX 125 SF hadir memenuhi keperluan anda. Padat, rendah ke bumi, bersaiz kecil dari segi harga dan ruang parkir, namun mampu mengukir senyuman di wajah anda setiap kali anda menghidupkan kunci utama.
Ia lebih daripada sekadar sebuah motosikal kecil yang bergaya - ia juga berketerampilan penuh gaya. MSX 125 SF dibekalkan enjin 125cc dengan faktor keseronokkan yang tidak tertanding. Saiznya yang comel menjadikannya hebat untuk penunggang baru, dan keseronokan yang menyeluruh mampu ditawarkan kepada para penunggang berpengalaman.
MSX125 yang dikeluarkan di Thailand ini, cukup kecil untuk dikawal dengan baik serta akan dirasakan bersaiz normal dengan penggunaan peralatan motosikal bersaiz standard. Ianya adalah gabungan motosikal mini dan motosikal bersaiz biasa, dengan prestasi yang dipadankan dengan pengendalian yang yakin dan gaya yang menggabungkan keseronokan bersiar di kawasan bandar.
Penuh Prestasi
Apa yang menjadikan MSX 125 SF ini sangat menyeronokkan? Semuanya bermula dengan enjin yang hebat. Reka bentuk silinder tunggal MSX 125 SF ini adalah ringan, tirus dan pantas. Suapan suntikan bahan api membantu prestasi, penghidup elektrik menjadikannya mudah untuk dihidupkan, dan banyak ciri pengurangan penyelenggaraan memberikan anda lebih banyak masa untuk menunggang. Tiada yang boleh menyamai reputasi enjin Honda, dan walaupun MSX 125 SF mungkin padat, ianya besar dari segi prestasi dan kebolehpercayaan.
Transmisi Empat Kelajuan
Kotak gear empat kelajuan MSX 125 SF memberikan anda ketahanan, kawalan dan kecekapan kotak gear motosikal konvensional, dan keseronokan peralihan gear dan penentuan masa untuk beralih.
Brek cakera hidraulik
MSX 125 SF ddilengkapi cakera tunggal 220mm di hadapan dan cakera tunggal 190mm belakang untuk kuasa berhenti yang sangat baik.
Penyerap Kejutan Belakang Tunggal
Penyerap kejutan belakang hidraulik tunggal MSX 125 SF menjanjikan anda satu perjalanan yang selesa, walaupun di atas permukaan jalan berliku atau tidak rata.
Lampu LED hadapan
Lampu LED projektor LED MSX 125 SF adalah elemen gaya utama. Bukan sahaja ia kelihatan hebat tetapi ia juga memberikan pencahayaan unggul.
Lampu ekor LED
Lupakan lampu belakang trVdisional yang besar - lampu belakang LED MSX 125 SF cukup terang dan jelas untuk keterlihatan yang lebih baik kepada kenderaan lain.
Kapasiti Bahan Bakar
Dengan tangki bahan api 5.7 liter (1.45-galon), anda boleh mengembara jauh dan juga ekonomik. Siapa kata kita tidak boleh bersenang-senang dengan bajet rendah?
Ketinggian tempat duduk yang rendah
Pada hanya 760 mm atau 30 inci, MSX 125 SF menjadikannya mudah untuk mengendali kaki di lampu berhenti atau di tempat letak kereta.
Keupayaan Membonceng
Mahu berkongsi keseronokan dengan rakan? Tiada masalah - MSX 125 SF dengan selesa dan mudah menampung pembonceng anda.
Kini, ada banyak jentera yang baik untuk dipilih, dan kebanyakan daripadanya kelihatan sama di atas kertas, atau jika anda membandingkan carta spesifikasi. Tetapi dalm pemilikan sebenar, ia nyata berbeza. Honda kelihatan lebih baik dari hari ke hari. Mengapa? Pertamanya adalah kerana kejuruteraan Honda yang terkenal - bahan yang lebih berkualiti dan reka bentuk yang lebih baik yang menjadikan motosikal anda lebih ringan, lebih berkuasa, dan lebih menyeronokkan untuk ditunggangi. Keduanya kerana reputasi kebolehpercayaan Honda, setiap model baru merupakan hasil dari reka bentuk dan bahan yang unggul. Dan akhirnya ada kualiti buatan Honda yang memang diketahui. Semua ini mengangkat Honda MSX 125 SF baharu di aras tertinggi dalam kumpulan jentera yang serupa.
Jadi apa yang anda tunggu lagi? Dapatkan sebuah Honda MSX 125 SF yang tersedia dalam empat warna: oren Halloween Orange, biru Splendid Blue, merah Gayety Red atau hijau Incredible Green. Alamilah keseronokan !!
Spesifikasi teknikal
Model MSX125
ENJIN
Jenis Satu Silinder 4-lejang sejukan udara
Sesaran 125cc
Gerek X Lejang 52.4mm x 57.9mm
Nisbah Mampatan 9.3: 1
Kuasa maksima 9.7 hp (7.2kW) @ 7000rpm
Tork maksima 11.0Nm @ 5,250rpm
Kapasiti Minyak Enjin 1.1 liter
SISTEM BAHAN API
Suapan Bahan Bakar Karburator
Kapasiti Tangki Bahan Api 5.7 liter
SISTEM ELEKTRIK
Penghidup Electrik
Kapasiti Bateri 3.5Ah
Keluaran ACG 12V
PACUAN
Klac Plat basah berbilang
Hantaran 4-kelajuan
CHASIS
Jenis Kerangka Tulang Belakang
Dimensi (P x L x T) 1,755 mm X 730 mm X 1,000 mm
Tapak roda 1200 mm
Sudut Capai 25 °
Jarak capai 81 mm
Ketinggian tempat duduk 760 mm
Kelegaan bumi 155 mm
Berat basah 104 kg
SUSPENSI
Depan - Topang Telescopik terbalik
Belakang - Monoshock
Ukuran roda depan - 12 x MT 2.75
Belakang - 12 x MT 3.50
Tayar Depan - 120 / 70-12 51L
Tayar belakang - 130 / 70-12 56L
Brek Hidraulik konvensional
Depan - cakera
Belakang - cakera
Warna
Oren Halloween Orange
Biru Splendid Blue
Merah Gayety Red
Hijau Incredible Green
No comments:
Post a Comment