Juara CP130 2015, Ahmad Fazrul Sham kembali ke litar
Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS bermula pada pusingan kedua yang akan
berlangsung di litar MAEPS, Serdang, Selangor pada 7 dan 8 Julai ini.
Pelumba berusia 33 tahun itu akan membawa cabaran pasukan AHM Yamaha Nanoplus Racing dan akan bergandingan bersama
Mohd Iqbal Amri Abd Malek dan Mohd Rozaiman Said setelah terlepas aksi pusingan
pembukaan di Litar Tangkak, April lepas.
Tahun 2017 juga menyaksikan Ahmad Fazrul terlepas dua aksi
pusingan awal kejuaraan dan menyaksikannya sekadar menamatkan musim di tangga
ke-15 keseluruhan dengan 29 mata.
“Beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan menyebabkan saya tidak dapat beraksi. Saya
mengalami patah bahu sebelum perlumbaan di Tangkak bermula. Mujurlah
selepas itu kejuaraan berhenti rehat panjang dan saya hanya terlepas
satu perlumbaan. Ketika ini
semuanya telah selesai dan saya berharap dapat memulakan aksi dengan
baik di
MAEPS minggu ini,” jelas Fazrul.
“Walaupun terlepas
aksi pusingan pembukaan di Tangkak, saingan masih berbaki sembilan
pusingan. Walaupun tidak meletak sasaran tinggi, saya berharap
sekurang-kurangnya dapat menamatkan
saingan di kedudukan lebih baik berbanding musim lepas.”
No comments:
Post a Comment