PCX 150 baharu Boon Siew Honda kini lebih baik, lebih hebat!


Honda PCX150 meneruskan kehadirannya di pasaran skuter. Siri PCX telah dibangunkan dan direka untuk memenuhi keperluan bagi motosikal komuter yang menawarkan kemewahan dan prestasi yang mudahguna untuk memenuhi keperluan dan keinginan anda. Lantaran itu PCX mencapai populariti sebagai skuter sejati. Model PCX125 terdahulu telah memberi laluan kepada PCX150 pada tahun 2013 yang mencatat bab baru skuter Honda yang dihasilkan secara global sejak itu. Kini warisan itu diteruskan lagi.
PCS dalam warna merah Euphoria Red

Setelah enjinnya dinaik taraf dahulu, kini PCX150  mengalami transformasi panel badan baharu yang premium, lebih kemas dan kelihatan sporty. Bagi menyerlahkan penampilan baharu ini, PXC150 mendapat dua lampu depan LED padat, lampu ekor LED dengan reka bentuk baru untuk meningkatkan penglihatan untuk penglihatan dan keterlihatan anda.
Pelana pembonceng juga kini lebih selesa, dan melindungi ruang simpanan kalis cuaca seluas 25 liter yang boleh dikunci di bawahnya, yang juga mampu menyimpan sebuah topi keledar penuh muka. Pelana tersebut disokong topang berspring yang membolehkan ia kekal terbuka tanpa perlu memegangnya. Satu punca kuasa 12-volt juga terdapat di dalam peti simpanan depan untuk mengecas peranti elektronik bagi memenuhi keperluan gaya hidup moden dan keterhubungan anda.
Paparan papan pemukanya dihiasi meter kelajuan digital sepenuhnya, lampu amaran enjin, peringatan penukaran minyak, jam digital, penunjuk pengesan kunci SMART, Hentian Melahu, perakam jarak tunggangan dan tolok bahan api digital bagi mengira penggunaan bahan api dengan tepat.

Antara penambahbaikan yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar ialah kerangka tulang belakang duplex baharu yang memberikan kestabilan jentera dan maklumbalas jalan yang lebih baik. Suspensi  baharu menyediakan perjalanan yang lebih selesa, ditambah pula dengan roda aloi 14-inci baharu yang menawarkan tahap penunggangan premium.

PCX kini ditawarkan dalam dua warna menarik baru: merah Euphoria Red Metallic dan kelabu Radiate Grey Metallic, dan juga putih Pearl Metalloid White yang kekal popular.
Spesifikasi teknikal

Enjin 149 cc sejukkan cecair SOHC 4-lejang  mempunyai gerek 57.300 mm serta lejang 57.907 mm dengan nisbah mampatan 10.6: 1. Ia menjana 14.5 hp (10.8 kW) pada 8,500 rpm dan menghasilkan tork sebanyak 13.6 Nm pada 6,500 rpm. Kapasiti minyak pelincir enjin adalah 0.9 liter.

Kuasa enjin dihantar melalui sistem cekam emparan kering automatik Honda V-Matic (Dry Type Automatik Centrifugal Clutch transmission) ke roda belakang melalui talisawat.

Kawalan induksi Honda PGM-FI dengan pemewah automatik menguruskan campuran bahanapi untuk penghidupan enjin dan penyesuaian kendiri yang mudah. Motor penghidup ACG menjalankan tugas keduanya sebagai altenator sebaik sahaja enjin hidup.
Ketinggian pelananya sebanyak 764 mm dan bentuknya yang tirus memberikan akses mudah dan senang untuk diparkir. Skuter yang berukuran 923 mm panjang,  745 mm lebar dan setinggi 1,107 mm ini mempunyai sudut capai sebanyak 27 darjah dan jarak capai 19 mm agar mudah dikendalikan.

Topang teleskopik redaman hidraulik mengapung hujung hadapan dan dwi penyerap kejutan gegelung spring di bahagian belakang meredamkan unit pacuan berayunnya.

Angkup hidraulik mengawal brek cakera di hadapan dengan brek gelendung di bahagian belakang, sebagaimana kebiasaannya untuk skuter. Ia menggunakan tayar depan bersaiz 14 M/C x MT2.15 dan tayar belakang 14 M/C x MT3.50. Kelegaan buminya adalah sebanyak 137 mm untuk skuter seberat 130 kg basah ini.






Model  PCX
ENGINE
Type Single Cylinder, Liquid Cooled, SOHC 4-Stroke 2 Valve
Displacement(cm³) 149.32 cm³
Bore X Stroke(mm) 57.300 mm x 57.907 mm
Compression Ratio  10.6 : 1
Max. Power (kW/rpm) 10.8 / 8,500
Max. Torque (N.m/rpm) 13.6 / 6,500
Engine Oil Capacity (ℓ) 0.9
FUEL SYSTEM
Carburation  Fuel Injection (PGM-Fi)
Fuel Tank Capacity (ℓ) 8
ELECTRICAL SYSTEM
Starter  Electric Auto Start
Battery Capacity (A.h) 5.0
ACG Output (V)  12
DRIVETRAIN
Clutch Type Automatic Centrifugal Clutch Dry Type
Transmission Type Automatic (V-Matic)
Transmission Gear Ratio N/A
CHASSIS
Frame Type Double Cradle
Dimensions (L x W x H) (mm) 1,923 mm X 745 mm X 1,107 mm
Wheelbase (mm) 1,313 mm
Caster Angle 27°
Trail (mm) N/A
Seat Height (mm) 764 mm
Ground Clearance (mm) 137 mm
Kerb Weight (kg) 130 kg
SUSPENSION, WHEELS & BRAKE
Suspension Type Telescopic (FR)
Twin (RR)
Rim Size 14 M/C x MT2.15 (FR)
14 M/C x MT3.50 (RR)
Tyres 100/80 - 14 M/C (48P) (FR) 
120/70 - 14 M/C (61P) (RR)
Brakes Type Hydraulic Single Disk (FR)
Mechanical Leading / Trailing Drum (RR)

No comments: