Pasukan PETRONAS Sprinta Racing telah mengumumkan kerjasama dengan jenama Malaysia "RCB" yang dulunya dikenali sebagai Racing Boy. RCB dikenali dengan inovasi dan pembangunan komponen khas untuk motosikal.
RCB akan menyertai Pasukan PETRONAS Sprinta Racing sebagai Penaja Teknikal dengan menyediakan pengetahuan dan R & D mereka bagi reka bentuk dan pengeluaran beberapa komponen penting untuk pasukan Moto3 dan Moto2 mesin.
Produk RCB akan digunakan pada jentera Honda NSF250RW Moto3, yang ditunggangi oleh Adam Norrodin dan Ayumu Sasaki dan jentera Kalex Moto2 yang ditunggangi oleh Niki Tuuli.
Pengurus Pasukan PETRONAS Sprinta Racing Johan Stigefelt menjelaskan, "Bagus bagi kami untuk membentuk kerjasama dengan RCB. Penting mempunyai RCB sebagai pembekal Teknikal untuk pasukan kami kerana sebagai sebuah pasukan kami sentiasa mencari peralatan teknikal baru untuk meningkatkan prestasi kami. Kerjasama ini membolehkan kami untuk memanfaatkan penyelidikan dan pembangunan R & D RCB untuk membangunkan beberapa komponen penting bagi jentera Moto2 & Moto3 kami. ".
Ketua Pegawai Eksekutif RCB, Bruce Lee mengulas, "Pasukan PETRONAS Sprinta Racing Team adalah pasukan profesional yang penuh semangat perlumbaan motosikal. Oleh itu, RCB gembira menjadi sebahagian daripada projek pasukan ini. Kami percaya falsafah kedua-dua pihak bergandingan dari segi semangat, inovasi dan etika kerja. Kami sangat yakin perkongsian baru ini akan membantu kami mencapai kejayaan bersama. Kami percaya kedua-dua pihak akan mendapat manfaat dengan perkongsian ini dan kami berharap akan dapat mencapai hasil yang memuaskan bersama".
No comments:
Post a Comment