Rimba Raid 2018 cabaran off-road bukan pura pura!

Bermula dengan sembang kecil antara rakan-rakan bermotosikal yang menunggang di luar jalan atau laluan hutan semasa hujung minggu, ia berkembang menjadi antara salah satu acara motosikal pengembaraan yang paling dinanti-nantikan di rantau ini.
 GIVI Rimba Raid Mat Daling 2018 bermula 7 Julai lepas di Xcape Resort, Kuala Tahan, Pahang. Lebih daripada 120 peserta dari Malaysia, Indonesia, Singapura, Thailand, China, Perancis, Britain, Australia dan juga Itali telh hdir untuk acara yang sebelumnya hanya disertai oleh peserta dari Malaysia dan Singapura sahaja. GIVI telah menjadi syarikat penaja tajuk untuk edisi kelima ini, dengan sokongan beberapa jenama antarabangsa seperti BMW, KTM, Ducati, Triumph, Kawasaki, Luminox, Pirelli dan Red Bull.
 Motosikal kembara berenjin kembar berkaliber yang banyak bersaing di sini merupakan salah satu segmen yang paling penting untuk GIVI. Jualan model-model sedemikian telah melonjak dengan ketara di serata dunia. Jentera seperti BMW R1200GS dan GS Adventure, F800GS, F700GS & F650GS, 690 Enduro KTM, 990 Adventure, 1190R Adventure & 1290 Super Adventure R, Triumph Tiger 800, Yamaha XT1200Z Super Tenere, Honda Africa Twin, Ducati Scrambler Desert Sled, Kawasaki VersysX, Royal Enfield Himalayan dan Honda CRF250 Rally merupakan antara beberapa model yang telah bersaing dalam perhimpunan jelajah hutan 100km ini di tengah-tengah hutan tropika Taman Negara di Pahang.

GIVI telah membangunkan aksesori ad hoc untuk setiap satu model ini. Jenama ini telah menjadi penaja untuk banyak acara motosikal, bermula dari Rali Dakar hinggalah ke pertandingan kecil, dari enduro hingga motocross malah mereka menganjurkan acara seperti Givi Explorer.

Pengarah Luar Negara GIVI Antarabangsa dan Pengasas GIVI Explorer, Joseph Perucca berkata, "Kami gembira menjadi sebahagian daripada siri lumba kembara yang ini. Kami telah mengkaji acara Rimba Raid dan telah memutuskan untuk menjadi Penaja Tajuk, tidak kurang dari itu. Keputusan ini adalah semulajadi. Sebahagian daripada sifat dan DNA kami banyak dipamerkan dalam siri ini. Ia bukan keputusan komersial semata-mata tetapi juga emosi. Kesemua jentera yang bersaing merupakan pelbagai motosikal yang kami kaji, untuk pembangunan dan penghasilan aksesori yang memuaskan hati pemilik motosikal dari seluruh dunia. Oleh sebab ini adalah pengliobatan julungkali buat kami di GIVI, kami berharap acara ini terus berjaya dan menjadi lebih besar pada masa akan datang."
Pengarah Urusan, Rimba Raid Sdn Bhd Dato' Kapten Nik Huzlan mengulas, "Rimba Raid kini lebih besar daripada sebelumnya dan berstatus antarabangsa. Ia telah berkembang dari satu acara perkhemahan kecil hujung minggu. Kehendak dan keinginan dari pemilik dan penunggang jentera kembara pelbagai guna (dual purpose) untuk mengalami pengembaraan sebenar, Rimba Raid telah memilih laluan yang menonjolkan hutan hujan asli Malaysia, dengan acara yang berlangsung di tengah-tengah Semenanjung Malaysia, di tebing sungai terpanjang di semenanjung."

"Ia merupakan satu cabaran besar untuk dianjurkan, dan kami amat berterima kasih kepada GIVI sebagai Penaja Tajuk kami. Penyertaan rakan-rakan penaja terkenal seperti Ducati, BMW Auto Bavaria, KTM, Royal Enfield, Luminox dan penaja lain akan bersama-sama membawa perubahan acara yang besar dalam segmen kembara ini. Kami dengan bangga mengalu-alukan semua peserta, penaja, pesaing dan penonton di hujung minggu dalam hutan yang tidak akan dilupakan."

GIVI Rimba Raid Mat Daling 2018 bermula dari 6 Julai hingga 8 Julai. Pelepasan telah bermula pada 7 Julai di Taman Negara dengan perlumbaan ke Mat Daling,  Ulu Tembeling. Acara hari Ahad 8hb Julai merupakan acara menyeronokkan di beting pasir yang besar oleh penyertaan jentera enduro, motocross dan cubcross tempatan.

GIVI juga akan diwakili dalam perlumbaan utama 100km Jungle Rally oleh bekas pelumba Cub Prix, Wazi Abdul Hamid (KTM 640) dan Wartawan Kembara Indonesia, Wisnu 'Gareng' Guntoro (Triumph Tiger 800).
Taklimat keselamatan
Perlumbaan yang benar-benar mencabar ini julung kalinya diadakan dengan jarak 128km bermula dari Kuala Tahan, Jerantut melalui trek hutan hingga ke penamat di Kg Mat Daling, Ulu Tembeling.Kejayaan telah memihak kepada Malaysia dengan peserta dari pasukan KTM, Gabit Salleh mengungguli tempat pertama dengan catatan 2jam 33minit 07saat.

Berikut adalah senarai penuh nama-nama pemenang :-
Kelas A (Dual Purpose atas 800cc) :
1 Race No 119 Gabit Salleh (MAL) : 02:33:07 KTM1050
2 Race No 170 Matteo Graziani (ITA) : 02:41:03 Ducati Desert Sled
3 Race No 136 Zulkarnain Tahir (MAL) : 02:49:22 BMW HP2
 Kelas B (Dual Purpose 400cc – 650cc) :
1 Race No 204 Nazmee Ramli (MAL) : 02:35:28 BMW Sertao
2 Race No 201 Mohd Syahidan (MAL) : 02:48:50 KTM690R
3 Race No 219 Khairul Afif (MAL) : 03:01:04 KTM690R


Kelas C (Adventure 250cc – 750cc) :
1 Race No 305 Ahmad Iezzam (MAL) : 02:28:41 Honda CRF250L
2 Race No 314 M. Hairy (MAL) : 03:19:10 Honda CRF250L
3 Race No 307 Rizal Zakaria (MAL) : 03:26:09 Royal Enfield Himalayan





































































No comments: