Tekno-Motorev: Apa itu sudut dan jarak capai pada motosikal?



Senarai spesifikasi motosikal (dan juga kereta) kadangkalaada menyebut angka sudut capai (atau juga disebut sudut raih) iaitu "rake" dan "trail" untuk casis motosikal. Apakah maksudnya?

Jangan risau, konsepnya agak mudah dan masuk akal apabila anda melihat grafiknya.


Capai atau rake (juga dikenali sebagai "castor") adalah sudut kepala stereng berbanding kerangka atau bingkai motosikal (A). Motosikal chopper mempunyai sudut capai yang besar, dan oleh kerana itu topang hadapan atau "fork" mereka menjangkau jauh ke depan.
 Sportbikes kurang menjangkau ke depan, dengan topang lebih menegak. Motosikal sport yang tipikal mungkin mempunyai sudut capai sebanyak 25 darjah, sementara motosikal chopper mungkin lebih kurang 45 darjah. Motosikal kembara atau 'touring" pula biasanya sekitar 29 darjah dan sebuah kruiser pula sekitar 32.

udut capai yang lebih tingi membuatkan jarak roda lebih jauh, dan ia juga secara umumnya meningkatkan tapak roda motosikal.

Jarak capai atau trail (B) diukur dalam jarak (inci atau milimeter) di antara titik sentuhan roda hadapan dengan tanah dan garis yang melalui paksi kepala stereng secara menegak.

Di dalam operasi biasa, titik sentuhan ini selalunya berada di belakang garisan yang diunjurkan iaitu di antara 2 dan 4 inci (5-10 cm). Fikirkannya sejauh mana titik menyentuh di belakang paksi stereng. Terlalu besar jarak capai membuat motosikal sukar membelok, dan terlalu sedikit pula menjadikannya tidak stabil.

Angka sudut dn jarak capai (rake and trail) untuk motosikal yang berbeza boleh memberi anda sedikit gambaran bagaimana karektor pengendaliannya, walaupun anda tidak pernah menunggangnya.

No comments: