Hafizh Syahrin memulakan perlumbaan dengan baik dan mara beberapa kedudukan di pusingan pertama. Anak Malaysia ini telah bertarung dengan Franco Morbidelli, tetapi akhirnya terpaksa mengambil langkah selamat untuk membawa pulang dua mata penting ketika melintasi garisan penamat pada kedudukan ke-14 untuk mengekalkan kelebihan sebagai 'Pelumba Baharu Tahun Ini' atau "Rookie of the Year".
"Pada permulaan saya berasa sangat baik dengan jentera dan saya sangat rapat dengan Bautista. Tetapi selepas pertengahan perlumbaan, motosikal saya seperti bergegar ketika keluar selekoh, saya tidak tahu mengapa. Sukar bagi saya untuk bertarung dalam keadaan ini, walaupun saya cuba untuk mengawal motosikal dan mengawal dengan badan saya, ianya sangat memenatkan," kata Hafizh.
Saya cuba untuk kembali kuat ketika ujian esok. Kami akan mencari penyelesaiannya dan saya berhasrat untuk terus bekerja dengan cara ini. Saya mengumpul dua mata lebih dan masih sangat hampir dengan Morbidelli, tetapi saya cuba untuk membuat perlumbaan yang baik minggu depan."
Pengurus pasukannya Hervé Poncharal berpuas hati dengan persembahan Hafizh. "Hafizh bertarung dengan Franco Morbidelli dan berada di hadapan untuk seketika dan kemudian Franco memintasnya, Hafizh mengikutinya, tetapi tidak ada yang dapat dilakukannya untuk memotong. Dia masih memimpin kejuaraan rookie, tetapi dia kalah kepada Franco. Ini menarik! Dia banyak belajar dan saya fikir dia melengkapkan hujung minggu yang sangat baik di sini di Republik Czech. Dalam masa beberapa hari, kita akan melihat apa yang boleh kita lakukan di Austria kelak."
No comments:
Post a Comment