Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) turun beraksi di Litar
Lumba Motor Madras, Chennai, India pada 3 hingga 5 ogos ini memberi misi baharu kepadv pelumba Underbone 150cc, Mohd
Akid Aziz iaitu untuk meraih gelaran juara yang pertama pada musim ini.
Sepanjang tiga pusingan
yang lepas, pelumba Uma Racing Yamaha Maju
Motor Asia Team itu masih belum mengecapi gelaran juara namun begitu telah berjaya meraih dua podium setakat ini dengan gelaran
naib juara di Suzuka dan ketiga sewaktu di Australia.
Akid yang
juga merupakan juara bertahan kini berada di kedudukan keempat keseluruhan dengan 71
mata, 23 mata di belakang pendahulu, Md Helmi Azman (SCK Rapido Hi-Rev
Honda Racing Team).
“Rakan sepasukan, Md Haziq
Fairues telah memenangi perlumbaan sewaktu di Australia, dan ini membuktikan bahawv
jentera kami kekal kompetitif pada musim ini. Saya yakin yang saya juga mampu
untuk menaiki podium sebagai juara pada baki tiga lagi pusingan musim ini,”
jelas Akid.
Tambahnya, “Saya juga tidak
begitu bimbang tentang usaha untuk mempertahankan gelaran keseluruhan kerana jurang
perbezaan mata masih belum begitu jauh.
“Paling penting saya mahu
mencari kemenangan pertama terlebih dahulu di India minggu ini dan kemudian
barulah saya memikirkan tentang strategi untuk mempertahankan gelaran
keseluruhan.”
No comments:
Post a Comment