Demi memenuhi keperluan PROTON untuk memberikan kemudahan lebih baik kepada pelanggan sebagai pusat sehenti, salah sebuah pengedar PROTON sejak 2009 iaitu Vantage Speed bersetuju untuk membuat pelaburan dalam perniagaan mereka itu sebagai sebuah pusat 4S bai memberikan pengalaman jualan dan servis yang lebih baik.
Vantage Speed telah beroperasi mengendalikan cawangan 1S dan 2S di lokasiberasingan. Cawangan 2S yang pada asalnya milik Magnavision Sdn Bhd ditutup dan seluruh kawasan tersebut diubah suai menjadi pusat 4S yang baharu beretempat di Jalan Kebun, Kelng, Selangor. Cawangan 1S miliknya di Setia Alam pula dikekalkan bertujuan untuk terus memberi kemudahan kepada pelanggan sedia ada di sana. Dengan kawasan seluas 2418 meter persegi, cawangan 4s ini dilengkapi dengan 14 petak servis, 10 ruangan ketuk dan cat serta ruangan yang memuatkan sehingga 10 kenderaan di ruang pameran. Pelanggan turut selesa dengan ruangan tempat duduk yang luas, di mana boleh memuatkan 80 tempat duduk untuk mereka. Selain itu, sama seperti cawangan PROTON yang lain, terdapat juga ruangan minuman, ruangan kanak-kanak, WIFI percuma dan kawasan istirahat pelanggan yang selesa untuk mereka berehat sambil menunggu kereta mereka diservis.
Cawangan 4S Vantage Speed telah dirasmikan oleh Dr Li Chunrong, Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, dan turut dihadiri oleh barisan Pengurusan Kanan PROTON. Sebagai pengedar yang telah lama berkecimpung di dalam industri auto, keperluan untuk menyediakan servis yang baik dan
cemerlang kepada pelanggan adalah satu kemestian. Menurut Dato' Sri Tee Boon Kee, Pengarah Vantage Speed, "Apa yang paling penting adalah pelanggan suka berkunjung ke cawangan ini untuk membeli kereta. Sebaik sahaja mereka membeli kereta, mereka juga suka untuk kembali kepada kami bagi perkhidmatan servis kereta. Walau bagaimanapun, mungkin sukar untuk kami mencapai tahap kepuasan pelanggan itu sekiranya kami tidak beroperasi sebagai pusat sehenti. Sebuah cawangan 4S akan membolehkan kami berurusan dengan pelanggan secara lebih baik, dan dapat memahami keperluan mereka. Justeru, keputusan untuk beroperasi sebagai cawangan pengedar 4S sememangnya pilihan yang tepat".
Selain terletak di lokasi yang strategik, Vantage Speed juga mempunyai pasukan yang berkemahiran untuk mengendalikan cawangan ini, dari jualan sehinggalah ke servis. Terdapat kakitangan khusus untuk memastikan pelanggan mendapat pengalaman yang baik dan menyeronokkan sepanjang mereka berurusan dengan Vantage Speed untuk keperluan pembelian dan servis. Vantage Speed yakin mereka sedang bergerak seiring di bawah pelan PROTON ke arah kecemerlangan dalam servis, jualan dan pertumbuhan perniagaan.
Seperti yang dirancang Proton, sehingga 31 Julai 2018, PROTON telah meluluskan sebanyak 93 cawangan untuk dinaik taraf kepada 3S dan 4S. Ini merupakan pencapaian 85% berbanding sasaran untuk menaiktaraf sebanyak 109 cawangan pada Oktober tahun ini.
Minggu ini sahaja, dua daripada cawangan Proton iaitu cawangan Chan Sow Lin dan Puchong telah dinaik taraf dengan penampilan yang lebih segar selaras dengan pelan perniagaan PROTON untuk mengubah semua rangkaiancawangannya bagi memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan. Chan Sow Lin merupakan cawangan 4S PROTON, sementara Puchong adalah cawangan bertaraf 1S.
Dr Li Chunrong, Ketua Pegawai Eksekutif PROTON sangat positif dengan perkembangan ini.
"Saya gembira penambahbaikan cawangan berjalan seperti yang dirancang. PROTON berada dalam kedudukan yang sangat baik untuk membuktikan semula kehadirannya di pasaran. Kami yakin kami dapat mencapai peningkatan kelulusan sebanyak 109 cawangan menjelang bulan Oktober, atau mungkin lebih awal dari yang dijangkakan. Apabila kita memulakan langkah untuk menaik taraf cawangan-cawangan kami, kami sentiasa memikirkan untuk memastikan pelanggan mendapatkan pengalaman terbaik apabila mereka melangkah masuk ke PROTON. Matlamat kami sangat jelas, dan
sekarang apa yang dirancang hampir berjaya direalisasikan, kami percaya cawangan-cawangan ini bersedia untuk menerima kedatangan SUV Proton pertama di pasaran, serta model-model yang lain pada masa akan datang".
No comments:
Post a Comment