#20 Fabio Quartararo dan #21 Franco Morbidelli |
Morbidelli membuat penampilan sulungnya di Kejohanan Dunia pada 2014 selepas memenangi Kejuaraan Superstock 600 pada tahun 2013. Hanya tiga tahun kemudian, pelumba Itali ini menjadi Juara Dunia Moto2 2017, selepas musim dominan yang menyaksikan dia menaiki podium dua belas kali dengan cemerlang. Melangkah ke MotoGP pada tahun ini, Morbidelli sudah menjadi pencabar terbaik musim 2018 ini.
Quartararo berusia 19 tahun pula mengorak langkah ke kelas perdana berbekalkan latar belakang yang memberangsangkan sehingga kini. Selepas memenangi Kejuaraan FIM CEV Moto3 pada tahun 2013 dan 2014, pelumba Perancis ini memulakan penampilan sulungnya di Kejohanan Dunia pada usia 15 tahun. Pada perlumbaan kedua, pelumba muda ini telah meraih podium pertamanya dengan kemenangan tempat kedua di Austin, yang kemudiannya disusuli dengan tempat kedua di Assen. Quartararo terus menunjukkan prestasi yang mengagumkan selepas beralih ke kelas pertengahan pada tahun 2017. Dua podium sudah diraihnya untuk musim ini, dan ini membuatkannya menjadi peserta muda yang menarik untuk diperhatikan dalam MotoGP musim ini.
No comments:
Post a Comment