MV Agusta Kembali ke Grand Prix dalam Moto2

MV Agusta masih merupakan pengeluar yang memiliki gelaran Grand Prix dunia yang paling banyak sehingga kini, meskipun tidak menyertai persaingan GP selama 42 tahun.

MV Agusta telah mempamerkan jentera Moto2 yang akan bertanding dalam Kejohanan Dunia Moto2 2019. MV Agusta akan berkerjasama dengan Forward Racing musim depan untuk menyertai Kejohanan Dunia Moto2 2019. Ini menandakan kembalinya pengilang motosikal Itali itu ke persada Grand Prix selepas berehat selama 42 tahun. Syarikat dari Varese, Itali, ini sedang berusaha untuk memanfaatkan kepakaran dan pengetahuan teknikalnya dalam segmen sports tiga silinder dengan peralihan enjin dari Honda 599cc empat silinder ke platform tiga silinder Triumph 765cc bermulanya musim 2019.

MV Agusta memilih untuk kembali ke pertandingan Grand Prix dengan pelumba Moto2 yang baru. Mereka mempunyai bingkai hibrid yang menggabungkan komponen depan keluli-trellis dengan bahagian belakang aloi di mana lenganayunnya dipasang.
Prototaip Moto2 MV Agusta akan dikuasai oleh enjin Triumph 765cc I3 baharu. Perubahan enjin ini memainkan peranan penting kepada MV memandangkan jenama Itali ini mempunyai pengalaman luas dengan konfigurasi enjin ini.
Walaupun menggunakan enjin berspesifikasi sama untuk semua pasukan seperti yang ditetapkan Moto2, casisnya adalah terpulang kepada MV untuk menetapkan spesifikasinya. Jenama Itali ini merupakan pakar dalam segmen ini dengan campuran penggunaan bingkai utama keluli dan aluminium. Pasukan itu akan diuruskan oleh skuad Forward Racing untuk musim 2019 Moto2.


No comments: