Kita sering terlupa tentang kewujudan udara walaupun kita menyedutnya setiap masa dan kita bergerak melaluinya. Kita mungkin diingatkan tentang kepentingan udara bila menjalankan aktiviti yang memenatkan dan mula bernafas kencang. Begitu juga bagi enjin yang beroperasi pada kelajuan tinggi. Pada kelajuan tinggi enjin memerlukan jumlah udara yang banyak. Untuk menangani keperluan aliran udara yang tinggi, laluan atau saluran kemasukan udara haruslah baik bagi membantu aliran udara tidak terganggu.
Saluran udara pada enjin standard mungkin nampak biasa pada mata kasar, tetapi permukaannya yang kasar akan mewujudkan banyak gangguan pada aliran udara dan juga menyebabkan gangguan pusaran atau turbulence. Begitu juga saluran keluar gas ekzos, yang turut terganggu jika permukaannya kasar.
Porting atau penghalusan kepala silinder merujuk kepada proses mengubah suai saluran pengambilan dan ekzos pada enjin pembakaran dalaman untuk meningkatkan kualiti dan kuantiti aliran udara. Kepala silinder standard biasanya kurang optimal dari segi rekabentuknya dan penjimatan kos pengilangan. Penghalusan kepala silinder memberikan perhatian terperinci yang diperlukan untuk membawa enjin ke tahap kecekapan yang tertinggi. Sebenarnya proses penghalusan kepala silinder atau porting ini bertanggungjawab ke atas peningkatan kuasa tinggi enjin moden melebihi sebarang faktor tunggal yang lain.
Proses ini digunakan bagi mengoptimumkan keluaran kuasa enjin pengeluaran untuk menjadikan ia enjin perlumbaan, untuk meningkatkan keluaran kuasa bagi kegunaan harian atau mengubah ciri keluaran kuasa untuk memenuhi aplikasi tertentu. Malah apabila pengubahsuaian diputuskan setelah menjalankan ujian aliran udara, bahan dinding silinder asal boleh diubah dengan teliti secara manual dengan tangan dengan penggosok atau oleh mesin penggilingan digital. Untuk pengubahsuaian yang besar, kepala silinder mungkin harus dikimpal atau dibina untuk menambah bahan di mana yang diperlukan.
Salah sebuah syarikat yang menawarkan khidmat ini ialah Nastyportflow yang terletak di Shah Alam. Menerka menawarkan perkhidmatan penghalusan kepala silinder ini baik untuk kereta mahupun motosikal. Malahan telah banyak pasukan cub prix yang menggunakan khidmat mereka dengan jayanya. Kepala silinder motosikal yang telah siap dihalusi bagi model popular seperti Yamaha Y15R dan Honda RS150R mungkin ber harga sekitar RM600 bergantung kepada tahap penghalusan dan modidfikasi yang dikehendaki. Hasil yang optima mungkin melibatkan pembentukan saluran baharu ataupun gantian tapak injap motosikal anda.
Layari www.nastyportflow untuk maklumat lanjut atau lawati sendiri gerai pameran mereka di tapak pameran cub prix yang terdekat dengan anda.
No comments:
Post a Comment