Seminggu selepas paddock MotoGP beraksi di Republik Czech, pelumba PETRONAS Sprinta Racing kembali ke litar hujung minggu ini di Red Bull Ring di Austria.
Czech GP merupakan hujung minggu yang sukar untuk kedua-dua pelumba PETRONAS di Brno, Ayumu Sasaki dan Adam Norrodin berusaha untuk meningkatkan persembahan mereka di Grand Prix Austria.
Ayumu Sasaki lebih positif di litar ini memandangkan beliau mempunyai banyak pengalaman dari zamannya ketika di Piala Red Bull Rookies.
Bagi Adam Norrodin pula, Red Bull Ring merupakan satu litar kegemarannya dan dia berharap dapat memanfaatkan sepenuhnya pengalaman dan keyakinannya di sekitar litar sejauh 4.3km itu.
#7 ADAM NORRODIN
"Saya masih kecewa dengan apa yang saya lakukan di Brno, jadi saya benar-benar tidak sabar untuk ke Austria untuk membuat perubahan. Tahun lepas Red Bull Ring adalah salah satu litar terkuat saya, jadi saya yakin bahawa saya boleh melakukan lebih baik pada hujung minggu ini. Set up yang kami ada di Brno bekerja sangat baik dan saya rasa dengan jentera saya, jadi harap kami tidak perlu berubah begitu banyak dan saya boleh terus bertambah baik. Pasti saya perlu memberi lebih fokus pada sesi kelayakan saya hujung minggu ini juga; sasarannya adalah empat baris teratas."
# 71 AYUMU SASAKI
"Ia merupakan hujung minggu yang sukar untuk kami di Republik Czech, jadi saya bersedia untuk bermula semula di Austria. Ini adalah litar yang saya tunggangi agak banyak ketika di Red Bull Rookies Cup, jadi dari sesi latihan pertama saya hanya boleh menumpukan perhatian kepada diri saya sendiri dan bekerja untuk mendapat teteapan jentera dengan baik. Hujung minggu ini sasaran saya adalah untuk melupakan kedudukan dan benar-benar memberi tumpuan kepada hanya mendesak diri saya di setiap pusingan."
No comments:
Post a Comment