PETRONAS Yamaha Sepang Racing Team Malaysia sertai MotoGP

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) akan menyertai kelas perdana MotoGP dengan konglomerat multinasional minyak dan gas Malaysia, PETRONAS sebagai Rakan Utama rasmi. Pasukan yang dinamakan PETRONAS Yamaha Sepang Racing Team Malaysia yang pertama di kejohanan dunia. Kerjasama itu berkuat kuasa mulai 2019 sehingga akhir tahun 2021.

Dalam kelas utama, pasukan itu akan diwakili oleh dua pelumba muda iaitu Franco Morbidelli dan Fabio Quartararo. Kedua-dua pelumba akan jentera Yamaha YZR-M1 berikutan perjanjian antara Litar Antarabangsa Sepang dan Yamaha Motor Co., Ltd.

 
Litar Antarabangsa Sepang dan PETRONAS juga mengumumkan penyertaan Khairul Idham Pawi dalam Moto2 dan John McPhee dalam Moto3 dalam pasukan ini.

McPhee akan menjadi pelumba pasukan Moto3 bersama pelumba semasa mereka iaitu  Ayumu Sasaki. Ini juga menandakan penyertaan Ayumu bagi tahun ketiga berturut-turut dalam Moto3 bagi pelumba Jepun berusia 17 tahun itu. Kehadiran McPhee juga menandakan kemungkinan bahawa kontrak Adam Norrodin tidak diperbaharui untuk 2019.

No comments: