PETRONAS Yamaha–CKJ Racing raih kemenangan satu-dua

Litar yang basah pada Pusingan 4 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang berlangsung di Temerloh, Pahang, semalam memihak kepada Md Hafiz Nor Azman yang berjaya meraih kemenangannya  sulung dalam kategori CP150.

Perlumbaan akhir tersebut dikurangkan kepada 15 pusingan setelah terpaksa ditangguhkan sebelum itu akibat cuaca hujan. Pelumba PETRONAS Yamaha – CKJ Racing itu menamatkan dengan masa keseluruhan 11’28.110s mengatasi rakan sepasukan, Ahmad Afif Amran dengan kelebihan 2.959s, menjadikannya kemenangan satu-dua untuk pasukan PETRONAS Yamaha – CKJ Racing


Kedudukan pendahulu bertukar seawal perlumbaan setelah Mohd Helmi Azman (Hi-Rev Rapido SCK Honda Racing) dipintas oleh pelumba rookie, Mohd Aiman Azman sebaik lampu merah dipadamkan. Aiman bagaimanapun gagal menggunakan kelebihan apabila terjatuh dan membuka ruang buat Hafiz untuk mendahului sehingga ke garisan penamat.

Tumpuan terarah kepada perebutan di tempat kedua diantara Afif, Akid dan Kasma Daniel Kasmayuddin sebelum juara musim 2017 itu terjatuh di pertengahan perlumbaan dan seterusnya memberi laluan kepada Afif dan Akid untuk  menamatkan perlumbaan dengan masa keseluruhan 11’31.069s manakala Md Akid Aziz (PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor) di tempat ketiga dengan masa 11’31.199s.
Afif dan Hafiz
 “Pada peringkat awal saya cuba untuk mendapatkan rentak berlumba di litar basah sebelum berjaya menjarakkan diri dengan pelumba di belakang. Selepas masuk pusingan ke-10, saya hanya fokus untuk kekal konsisten dan mengelak sebarang kesilapan. Saya sangat gembira dengan kemenangan peribadi pertama saya dalam kategori ini,” jelas Hafiz yang berada di tangga ketiga keseluruhan dengan 54 mata.

Ahmad Afif terus kekal mendahului kedudukan keseluruhan dengan mengumpul 90 mata diikuti Kasma dengan 70 mata.
Hafiz Nor Azman 30
 KEPUTUSAN PUSINGAN 4 - TEMERLOH, PAHANG

CP150

1 Md Hafiz Nor Azman (PRK) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing 11:28.110s
2 Ahmad Afif Amran (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing 11:31.069s
3 Md Akid Aziz (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 11:31.199s
4 Md Helmi Azman (SGR) Hi-Rev Rapido SCK Honda Racing 11:39.684s
5 Md Izzat Zaidi Md Salehan (SGR) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 11:42.483s

Kedudukan Keseluruhan        

1 Ahmad Afif Amran (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ 90 mata
2 Kasma Daniel Kasmayudin (JHR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 70 mata
3 Md Hafiz Nor Azman (PRK) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ 54 mata
4 Md Akid Aziz (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 40 mata
5 Md Helmi Azman (SGR) Hi-Rev Rapido SCK Honda Racing 34 mata

No comments: