Rossi bermula dari tempat kedua MotoGP Brno

 Pelumba MotoGP Movistar Yamaha Valentino Rossi akan bermula dari tempat kedua di grid Monster Energy Grand Prix České republiky hari ini. Rossi menyimpan usaha serangan terbaiknya hingga pusingan terakhir untuk menguasai tempat kedua tersebut. Pelumba negara Hafih Syahrin pula akan bemula dari petak ke-16.

Rossi tidak sabar-sabar untuk mengulangi keputisan P1 yang dibuatnya pada sesi FP3 pagi semalam. Dia sangat menyukai Automotodrom Brno, dan membiarkan kebanyakan pelumba lain menunggang dahulu sebelum dia membuka langkah. Sesi kedua beliau meletakkannya di tempat kesepuluh, tetapi dia tahu dia boleh berusaha lebih baik.

Dia balik ke pit dengan enam setengah minit berbaki. Selepas satu hentian pantas, The Doctor sudah bersedia untuk menjalankan tugas terakhirnya dan mempunyai masa untuk dua percubaan. Walaupun percubaan pertamanya tidak berhasil, dia memulakan sesi keduanya dengan sektor merah, dan diikuti dengan catatan terbaik peribadinya dalam tiga sektor baki. Ini menghasilkan keputusan 1'54.956s yang baik, sekaligus memindahkannya dari tempat ke-12 ke tempat kedua, dengan jarak 0.267 daripada pendahulu.
Grid permulaan Monster Energy Grand Prix České republiky 
BARISAN DEPAN
1.     A. DOVIZIOSO     DUCATI TEAM     1'54.689    
2.     V. ROSSI     MOVISTAR YAMAHA MOTOGP     1'54.956    
3.     M. MARQUEZ     REPSOL HONDA TEAM     1'54.961    
BARISAN KEDUA
4.     J. LORENZO     DUCATI TEAM     1'55.038    
5.     C. CRUTCHLOW     LCR HONDA CASTROL     1'55.055    
6.     D. PETRUCCI     ALMA PRAMAC RACING     1'55.203    
BARISAN KETIGA
7.     J. ZARCO     MONSTER YAMAHA TECH3     1'55.221    
8.     A. IANNONE     TEAM SUZUKI ECSTAR     1'55.270    
9.     A. RINS     TEAM SUZUKI ECSTAR     1'55.431    
BARISAN KEEMPAT
10.     D. PEDROSA     REPSOL HONDA TEAM     1'55.474    
11.     T. RABAT     REALE AVINTIA RACING     1'55.686    
12.     M. VIÑALES     MOVISTAR YAMAHA MOTOGP     1'55.823    
BARISAN KELIMA
13.     F. MORBIDELLI     EG 0,0 MARC VDS     1'56.029    
14.     A. BAUTISTA     ANGEL NIETO TEAM     1'56.031    
15.     B. SMITH     RED BULL KTM FACTORY RACING     1'56.218    
BARISAN KEENAM
16.     H. SYAHRIN     MONSTER YAMAHA TECH3     1'56.285    
17.     J. MILLER     ALMA PRAMAC RACING     1'56.316    
18.     S. BRADL     HRC HONDA TEAM     1'56.330    
BARISAN KETUJUH
19.     P. ESPARGARÒ     RED BULL KTM FACTORY RACING     1'56.353    
20.     T. NAKAGAMI     LCR HONDA IDEMITSU     1'56.512    
21.     S. GUINTOLI     TEAM SUZUKI ECSTAR     1'57.037    
BARISAN KELAPAN
22.     T. LUTHI     EG 0,0 MARC VDS     1'57.208    
23.     K. ABRAHAM     ANGEL NIETO TEAM     1'57.217    
24.     A. ESPARGARÒ     APRILIA RACING TEAM GRESINI     1'57.250    
BARISAN KESEMBILAN
25.     S. REDDING     APRILIA RACING TEAM GRESINI     1'57.438    
26.     X. SIMEON     REALE AVINTIA RACING     1'58.048    

No comments: