Rossi uji peralatan baharu di Ujian Brno

Pelumba Movistar Yamaha MotoGP Valentino Rossi kembali ke litar Automotodrom Brno untuk ujian IRTA rasmi satu hari sehari selepas perlumbaan Grand Prix Monster Energy České Republik, semalam.

Rakan sepasukannya Maverick Viñales memilih untuk tidak menyertai sesi sepanjang 8 jam itu, dalam usaha untuk pulih sepenuhnya dari kemalangan semalam menjelang Motorrad Grand Prix von Österreich, yang akan diadakan hujung minggu ini.
Rossi menghabiskan hari yang produktif mencuba beberapa peralatan baharu, menguji pelbagai tetapan, dan memberi maklum balas mengenai tayar depan prototaip Michelin 2019 memandangkan beiau merupakan satu-satunya penunggang di litar untuk pasukan Yamaha Factory Racing.
The Doctor bermula sebelum jam sebelas pagi dan mengakhiri ujian pada jam enam, menunggang 51 pusingan secara keseluruhan. Hasil kerja kerasnya semasa ujian adalah positif secara keseluruhan. Walaupun tidak benar-benar cuba untuk mencapai masa kelajuan, pelumba Itali ini masih menamatkan ujian di tempat ketujuh dengan pusingan terbaik 1'55.918s, iaitu 0.709s dari pelumba terpantas.
Kesemua pasukan MotoGP kini akan ke Red Bull Ring - Spielberg untuk pusingan seterusnya Kejohanan Dunia MotoGP 2018 dan akan menyambung semula aksi mereka Jumaat ini.

BRNO OFFICIAL POST-GP TEST RESULTS
06/08/2018
               
1.     M. MARQUEZ     REPSOL HONDA TEAM     1'55.209    
2.     J. ZARCO     MONSTER YAMAHA TECH3     1'55.342    
3.     D. PEDROSA     REPSOL HONDA TEAM     1'55.399    
4.     A. DOVIZIOSO     DUCATI TEAM     1'55.517    
5.     J. LORENZO     DUCATI TEAM     1'55.609    
6.     C. CRUTCHLOW     LCR HONDA CASTROL     1'55.771    
7.     V. ROSSI     MOVISTAR YAMAHA MOTOGP     1'55.918    
8.     D. PETRUCCI     ALMA PRAMAC RACING     1'55.939    
9.     A. RINS     TEAM SUZUKI ECSTAR     1'55.986    
10.     H. SYAHRIN     MONSTER YAMAHA TECH3     1'56.032    
11.     A. IANNONE     TEAM SUZUKI ECSTAR     1'56.111    
12.     A. ESPARGARÒ     APRILIA RACING TEAM GRESINI     1'56.366    
13.     B. SMITH     RED BULL KTM FACTORY RACING     1'56.566    
14.     T. NAKAGAMI     LCR HONDA IDEMITSU     1'56.622    
15.     F. MORBIDELLI     EG 0,0 MARC VDS     1'56.697    
16.     S. REDDING     APRILIA RACING TEAM GRESINI     1'56.855    
17.     J. MILLER     ALMA PRAMAC RACING     1'56.885    
18.     T. LUTHI     EG 0,0 MARC VDS     1'57.034    
19.     S. GUINTOLI     TEAM SUZUKI ECSTAR     1'57.843    
20.     H. AOYAMA     EG 0,0 MARC VDS     1'59.334  
 

No comments: