West juara berganda di ARRC India

Pelumba Australia, Anthony West terus mempamerkan aksi cemerlang apabila meraih kemenangan berganda dalam saingan SuperSports 600 Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) yang berakhir di Litar Lumba Motor Madras, India, hari ini.

Selepas muncul juara dalam Perlumbaan 1, semalam, West sekali lagi beraksi cemerlang apabila menamatkan 16 pusingan perlumbaan bersendirian ke garisan penamat dengan masa keseluruhan 27’10.157s mengatasi Tomoyoshi Koyama (Musashi Boon Siew Honda Racing) yang bergelar naib juara dengan masa 27’17.240s diikuti Taiga Hada (Idemitsu Honda Racing India by T.Pro Ten10) ketiga dengan masa 27’17.568s.
 Dua kemenangan di India meletakkan West terus menerajui kedudukan keseluruhan dengan mengumpul  136 mata sementara seorang lagi pelumba negara, Azlan Shah Kamaruzaman yang menamatkan perlumbaan di tempat kelima naik ke tangga kedua dengan mengumpul 85 mata.

Pelumba Jepun, Yuki Ito yang terjatuh pada selekoh terakhir perlumbaan ketika sedang berada di kedudukan keempat turun ke tangga ketiga dengan 76 mata.
KEPUTUSAN PERLUMBAAN 2
SUPERSPORTS 600CC
1 AnthonyWest (AUS) Webike IKAZUCHI Racing 27:10.157s
2 Tomoyoshi Koyama (JPN) Musashi Boon Siew Honda Racing 27:17.240s
3 Taiga Hada (JPN) Idemitsu Honda Racing India by T.Pro Ten10 27:17.568s
4 Md Zaqhwan Zaidi (MAS) Musashi Boon Siew Honda Racing 27:18.209s
5 Azlan Shah Kamaruzaman (MAS) Manual Tech KYT Kawasaki Racing Kawasaki 27:21.189s

Kedudukan Keseluruhan
1 Anthony West               (AUS)   Webike IKAZUCHI Racing 136 mata
2 Azlan Shah Kamaruzaman (MAS) Manual Tech KYT Kawasaki Racing 85 mata
3 Yuki Ito (JPN)  Yamaha Racing Asean 76 mata
4 Tomoyoshi Koyama (JPN) Musashi Boon Siew Honda 66 mata
5 Md Zaqhwan Zaidi (MAS) Musashi Boon Siew Honda 65 mata


No comments: