Pelumba negara, Md Zaqhwan Zaidi mengungguli sesi latihan
bebas SuperSports 600cc pada hari pertama Pusingan 4 Kejuaraan Motosikal Asia
FIM (ARRC) dengan merakamkan masa terpantas 1’41.306s di Litar Lumba Motor
Madras, India, hari ini.
Catatan terbaik Pelumba Musashi Boon Siew Honda Racing itu
mengatasi catatan pelumba Australia yang merupakan pendahulu keseluruhan, Anthony
West (Webike IKAZUCHI Racing) yang mencatatkan masa terbaik 1’41.388.
Pelumba muda negara yang juga merupakan rakan sepasukan
Zaqhwan, Azroy Hakeem Anuar beraksi dengan cemerlang apabila muncul pelumba
ketiga terpantas setelah merakam masa terbaik 1’41.677s. Sementara itu, seorang lagi pelumba negara, Azlan Shah
Kamaruzaman mencatat masa ketujuh terpantas dengan catatan 1’41.910s.
“Walaupun masih kepenatan, namun fizikal dan mental saya
berada di tahap terbaik setelah pencapaian cemerlang sewaktu saingan Kejuaraan
Endurance Dunia Suzuka 8-Hour di Jepun minggu lepas. Momentum itu saya teruskan
di sini minggu ini,” jelas Zaqhwan.
Tambahnya, “Dari segi jentera, semuanya berada pada tahap
terbaik namun ia masih boleh dipertingkatkan lagi memandangkan saya masih belum
dapat memecah rekod catatan masa musim lepas. Saya berharap dapat melakukannya
hari esok pada sesi kelayakan dan seterusnya dapat memuakan perlumbaan dari
barisan depan.”
Kategori Asia Production 250cc dikuasai oleh
pelumba Indonesia, Rheza Danica Ahrens (Astra Honda Racing Team) dengan catatan
terbaik 1:48.030s diikuti Anupab Sarmoon (YAMAHA Thailand Racing TEAM), 01:48.252s
dan rakan sepasukan Rheza, Mario Suryo Aji ketiga dengan catatan 1:48.775s.
Hafiz Nor Azman (CKJ Yamaha Racing Team) muncul pelumba
terbaik negara dengan catatan 1:50.070s.
Keputusan Sesi Latihan Bebas
SuperSports 600cc
1 Md Zaqhwan Zaidi (MAS) Musashi Boon Siew Honda 1:41.306s
2 Anthony West (AUS) Webike IKAZUCHI Racing 1:41.388s
3 Azroy Hakeem Anuar (MAS) Musashi Boon Siew Honda 1:41.677s
4 Ratthapong Wilairot (THA) YAMAHA Thailand Racing TEAM 1:41.828s
5 Taiga Hada (JPN) Idemitsu Honda Racing India by Ten10 1:41.838s
6 Decha Kraisart (THA) YAMAHA Thailand Racing TEAM 01:41.858s
7 Azlan Shah Kamaruzaman (MAS) Manual Tech KYT Kawasaki Racing
1:41.910s
Asia Production 250cc
1 Rheza Danica Ahrens (INA) Astra Honda Racing Team 01:48.030s
2 Anupab Sarmoon (THA) YAMAHA Thailand Racing TEAM 01:48.252s
3 Mario Suryo Aji (INA) Astra Honda Racing Team 01:48.775s
4 Reynaldo C. Ratukore (INA) ONEXOX TKKR Racing Team 01:48.853s
5 Andy Muhammad Fadi (INA) Manual Tech KYT Kawasaki Racing 01:49.510s
No comments:
Post a Comment