Meskipun gagal menepati sasaran, pelumba negara, Mohd
Zaqhwan Zaidi tetap berpuas hati apabila muncul naib juara Perlumbaan 1
SuperSports 600cc Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) yang berlangsung di Litar
Lumba Motor Madras, Chennai, India, semalam.
Pelumba Musashi Boon Siew Honda Racing yang bermula dari
petak ketiga itu menamatkan 16 pusingan perlumbaan dengan masa keseluruhan 27’35.304s
di belakang juara yang juga pendahulu keseluruhan, Anthony West (Webike Ikazuchi
Racing) yang menamatkan perlumbaan dengan masa 27’35.304s.
Tempat ketiga milik Taiga Hada (Idemitsu Honda Racing India
by T.Pro Ten10) dengan masa 27:36.885s manakala seorang lagi pencabar kejuaraan,
Azlan Shah Kamaruzaman gagal menamatkan perlumbaan.
“Perlumbaan hari ini sangat sukar terutama faktor cuaca yang
berubah-ubah. Selain itu, saya juga bermula agak perlahan dan sedikit
ketinggalan pada awal perlumbaan,” jelas Zaqhwan.
Tambahnya, “Saya cuba untuk mengejar dan memberikan saingan
kepada West pada penghujung perlumbaan namun disebabkan jurang yang agak jauh
menyebabkan saya gagal untuk mendekatinya. Namun, secara keseluruhan saya
berpuas hati dengan gelaran naib juara dan akan mencuba yang lebih baik pada
perlumbaan kedua esok.”
Gelaran juara meletakkan West selesa menerajui kedudukan
keseluruhan dengan 111 mata diikuti Yuki Ito (Yamaha Racing Asean) kedua dengan
76 mata manakala Azlan Shah jatuh ke tangga ketiga dengan 74 mata.
KEPUTUSAN PERLUMBAAN 1
SUPERSPORTS 600
1 Anthony West (AUS) Webike IKAZUCHI Yamaha Racing 27:35.304s
2 Md Zaqhwan Zaidi (MAS) Musashi Boon Siew Honda Racing 27:35.629s
3 Taiga Hada (JPN) Idemitsu Honda Racing India by T.Pro Ten10
27:36.885s
4 Andi Farid Izdihar (INA) Astra Honda Racing Team 27:37.007s
5 Tomoyoshi Koyama (JPN) Musashi Boon Siew Honda Racing 27:37.724s
Kedudukan Keseluruhan
1 Anthony West (AUS) Webike IKAZUCHI Racing 111 mata
2 Yuki Ito (JPN)
Yamaha Racing Asean 76 mata
3 Azlan Shah Kamaruzaman (MAS) Manual Tech KYT Kawasaki
Racing 74 mata
4 Keminth Kubo (THA) Yamaha Racing Asean 57 mata
5 Ratthapong Wilairot (THA) YAMAHA Thailand Racing TEAM 56 mata
ASIA PRODUCTION 250
1 Rheza Danica Ahren ( INA) Astra Honda Racing Team 21:53.4
2 Mario Suryo Aji (INA) Astra Honda Racing Team 21:53.5
3 Reynaldo C. Ratukore (INA) ONEXOX TKKR Racing Team 22:01.9
4 Rafid Topan Sucipipto (INA) Yamaha Yamalube KYT TJM WR
Super Battery 22:04.5
5 Awhin Sanjaya (INA) Astra Honda Racing Team 22:05.3
Kedudukan Keseluruhan
1 Rheza Danica Ahren (INA) Astra Honda Racing Team 148 mata
2 Mario Suryo Aji (INA) Astra
Honda Racing Team 122 mata
3 Anupab Sarmoon (THA) YAMAHA Thailand Racing TEAM 92 mata
4 Awhin Sanjaya (INA) Astra
Honda Racing Team 63 mata
5 Muklada Sarapuech (THA) AP Honda Racing Thailand 62 mata
No comments:
Post a Comment