Banana Yellow |
“Honda Monkey adalah sebuah motorsikal-mini yang unik, ianya dikagumi oleh peminat di serata dunia termasuk di Malaysia”, kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Boon Siew Honda, Keiichi Yasuda. “Untuk model terbaharu ini, kami telah mempamerkan model tersebut terdahulu untuk mendapat maklum balas dari orang awam. Kami berpuas hati dengan maklum balas yang kami terima dan oleh sebab itu, kami memutuskan untuk melancarkan Honda Monkey di Malaysia”, kata Encik Yasuda. “Dengan pelancaran model ini, ianya akan mengukuhkan lagi commitment Boon Siew Honda untuk membawa motorsikal yang lebih menarik untuk pasaran Malaysia”, tambahnya lagi.
Pearl Nebula Red |
1. Lampu depan LED: Untuk memperbaiki daya pengihatan penunggang.
2. Lampu belakang LED and lampu penunjuk berkelap-kelip LED: Penambahan sentuhan moden untuk ketahanan yang lebih lama pada reka bentuk kasik.
3. Meter Digital dengan paparan LCD: Bagi memudahkan pemindahan maklumat yang lebih jelas.
4. Kotak simpanan alatan penjagaan: Untuk ruang peyimpanan peralatan penyelenggaraan.
5. Sistem penggera & jawab-balik: Membolehkan pemilik untuk mengenal pasti lokasi Honda Monkey mereka dengan serta merta dan memberi pelindungan tambahan
6. Peredam Bunyi baharu: Bagi melengkapkan aspek reka bentuk retro Honda Monkey.
Pearl Glittering Blue |
Honda Monkey ditawarkan degan tiga pilihan warna untuk disesuaikan dengan gaya hidup individu masing-masing. Honda Monkey versi 2018 boleh didapati dalam gabungan krom dan skim warna yang terang iaitu Pearl Nebula Red, Pearl Glittering Blue dan Banana Yellow.
Varian
|
Harga
|
|
Monkey
|
RM
13,999.00
|
Harga yang ditunjukan adalah harga bilik
pameran yang dicadangkan dengan 0% SST tidak termasuk cukai jalan, insurans dan
pendaftaran Boon Siew Honda menawarkan kilang selama dua tahun atau jaminan
pembatuan 20,000km (yang mana terdahulu).