Pelumba pasukan
PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor, Mohd Akid Aziz, terus mencuit perhatian
apabila sekali lagi muncul selaku pelumba terpantas sesi kelayakan CP150.
Beraksi di Teluk Intan untuk Pusingan 5 Kejuaraan Cub Prix Malaysia AAM
PETRONAS, Akid mencatat masa 50.385 saat sebelum tersungkur di saat-saat akhir
sesi kelayakan.
Di kebelakangan ini,
Akid seringkali mendominasi sesi kelayakan kategori CP150. Namun, pelumba yang
juga bergelar juara bertahan Underbone 150cc Asia itu masih sedang mengejar
kemenangan CP150 pertama musim ini.
Rekod 2017 yang
dicatat oleh Ahmad Afif Amran, 52.108 saat, juga dipecahkan oleh 16 pelumba
teratas musim ini. Pendahulu kejuaraan Ahmad Afif Amran mencatat masa kedua
terpantas dengan 50.953s, diikuti Hafiza Rofa, Hafiz Nor Azman serta Aiman
Tahiruddin di dalam kelompok lima terbaik. Selain itu, Mohd Izzat Zaidi, Azroy
Hakeem Anuar, Rozaiman Said, Helmi Azman dan Muhaimin Roslan juga berjaya
melangkah ke sesi Super Pole pada hari perlumbaan nanti.
Menarik, juara
bertahan Kasma Daniel Kasmayuddin gagal melayakkan diri ke sesi SuperPole dan
akan memulakan perlumbaan dari petak ke-15.
Dalam perkembangan
lain, Mohd Fareez Afeez dari pasukan Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing muncul
sebagai pelumba terpantas CP115 dengan 54.440s sementara Mohd Danial Syahmi
dari pasukan SIC Junior Team AFB TECH Racing mendominasi sesi kelayakan WIRA
KBS.
KEPUTUSAN SESI KELAYAKAN
CP150
- Mohd Akid Aziz (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor; 50.835s
- Ahmad Afif Amran (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha - CKJ; 50.953s
- Mohd Hafiza Rofa (TRG) ONEXOX TKKR Racing Team; 51.248s
- Mohd Hafiz Nor Azman (PRK) PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ; 51.288s
- Mohd Aiman Tahiruddin (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ; 51.393s
CP115
- Mohd Fareez Afeez (JHR) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing; 54.440s
- Tengku Amirul Haffirudin (TRG) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing; 54.452s
- Mohd Haziq Mohd Fairues (SGR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor; 54.696s
- Ahmad Syukran Aizat (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ; 54.761s
- Nazirul Izzat Mohd Bahauddin (MLK) PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ; 54.812s
WIRA KBS
- Mohd Danial Syahmi (PRK) SIC Junior Team AFB TECH Racing; 55.206s
- Mohd Alif Ashraf Tahiruddin (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha; 55.276s
- Mohd Syarifuddin Azman (SGR) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing; 55.398s
- Mohd Fadlyshah Redzuan (SGR) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing; 56.102s
- Mohd Harith Haziq Zamri (SGR) SIC Junior Team AFB TECH Racing; 56.153s
No comments:
Post a Comment