Kenapa Adam Norrodin ke Kejohanan Eropah FIM CEV

Seperti yang telah kmi siarkan terdahulu (klik sini untuk baca semula), Adam Norrodin dikhabarkan akan kembali ke persaingan FIM CEV Repsol dalam kelas Moto2. Kenapa ke sana?

Sebenarnya FIM CEV Repsol merupakan batu loncatan terbaik untuk ke Kejohanan Dunia. Musim ini sahaja, lebih daripada 12 peserta kategori Moto2 dan Moto3 FIM CEV Repsol telah dipilih untuk mengambil bahagian dalam acara Kejuaraan Dunia, sama ada sebagai peserta jemputan (wildcard) atau menggantikan penunggang yang cedera buat sementara waktu.


Penyertaan dalam perlumbaan Kejohanan Dunia adalah peluang luar biasa bagi penunggang FIM CEV Repsol untuk mendapatkan pengalaman, meningkatkan tahap tunggangan mereka dan mengukur kemampuan diri menghadapi pelumba yang terbaik - dan mungkin juga mencapai kejayaan seperti Raúl Fernández (Pasukan Angel Nieto) di Sachsenring yang menggantikan Darryn Binder yang cedera dalam pasukan Red Bull KTM Ajo dan berjaya menamatkan perlumbaan di tangga kesembilan dalam perlumbaan tersebut.

Tujuh peserta Kejohanan Dunia Moto3 telah menjadi peserta wildcard di salah satu daripada 12 Grand Prix musim ini, jika kita mengambil kira Grand Prix British GoPro di mana Tom Booth-Amos mengambil bahagian. Penunggang Pasukan FIM CEV Repsol British Talent telah dijvdualkan untuk membuat penampilan sulungnya di Kejohanan Dunia dengan pasukan Leopard tetapi malangnya hanya sempat menjalani sesi latihan bebas, sesi kelayakan dan pemanasan sebelum perlumbaan dibatalkan disebabkan cuaca buruk.

Kejohanan FIM CEV Repsol bersedia untuk bermula semula selepas rehat musim panas dan acara seterusnya akan berlangsung di Jerez pada 30 September ini.

No comments: