Pelumba
CP115 pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha - CKJ Racing itu telah terpilih
ke Itali bersama seorang lagi pelumba muda Yamaha, Md Aiman Tahiruddin
dan turut disertai dua pelumba dari Jepun dan Indonesia.
"Banyak
ilmu dan perkara baru yang dipelajari sepanjang berada di Itali dan
saya harap ia dapat meningkatkan lagi prestasi saya di Perlis minggu
ini," jelas Nazirul yang kini berada di kedudukan keenam keseluruhan
kategori CP115 dengan 51 mata termasuk satu podium di tempat ketiga di Temerloh.
"Peluang
bertemu Rossi sendiri yang sempat berkunjung ke kem ini juga sangat
bermakna. Selain tunjuk ajar jurulatih di akademi VR46, Rossi juga
sempat berkongsi pengalaman dan memberi tunjuk ajar kepada kami."
Tambahnya,
"Walaupun masih penat dengan jadual latihan dan penerbangan yang jauh,
saya yakin ia tidak akan menjejaskan prestasi saya nanti. Tempoh rehat
sejak tiba di Malaysia semalam cukup untuk membantu fizikal saya berada
pada tahap terbaik. Tentang jentera, saya tidak bimbang kerana jurutera
dan kru pasukan sentiasa menyediakan yang terbaik.
Selepas
lima pusingan, Tengku Amirul Haffirudin (Motul Zeneos Yamaha YY Pang)
kini mengungguli kedudukan keseluruhan dengan mengumpul 113 mata diikuti
rakan sepasukan, Md Fareez Afeez dengan 73 mata sambil diekori rapat Md
Haziq Md Fairues (PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor) dengan 71 mata.
No comments:
Post a Comment