Hong Leong Yamaha Motor Memperkenalkan Program "Kesedaran Persediaan Penunggangan" KPP bagi meningkatkan kesedaran keselamatan jalan raya di kalangan rakyat Malaysia. Program yang diterajui oleh Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYM) ini betujuan menyebarkan kesedaran keselamatan jalan ke peringkat seterusnya. Program KPP dibangunkan dengan sokongan Persatuan Peniaga Motosikal dan Skuter Malaysia (MMSDA) dan Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (JKJR) sebagai usaha berterusan dalam mewujudkan kesedaran mengenai kepentingan keselamatan jalan raya kepada semua rakyat Malaysia.
Di bawah program ini, HLYM bekerjasama dengan semua pengedar sah Yamaha
di seluruh negara untuk berkongsi pengetahuan dan pendidikan dengan
pelanggan baru mereka. Setiap pelanggan akan diberikan salinan "Buku
Panduan Kesedaran Persediaan Pengunggangan (KPP)". Buku panduan
keselamatan ini dibangunkan oleh HLYM dan JKJR untuk para penunggang
motosikal.
"Penekanan terhadap keselamatan pelanggan kami akan
sentiasa menjadi keutamaan syarikat kami dan HLYM akan terus menyokong
kepentingan keselamatan jalan raya melalui banyak lagi program dalam
masa terdekat. Kami menyedari bahawa sesetengah pemilik motosikal baru
tidak semestinya menyedari keperluan asas keselamatan ketika mereka
berada di jalan raya. Kami berharap dengan Program KPP, kami dapat
mendidik mereka dengan informasi yang tepat agar dapat menjadi contoh
yang baik bagi pengguna jalanraya yang lain," ujar Pengarah Urusan Hong
Leong Yamaha Motor Sdn Bhd, Dato 'Jim Khor.
Program Kesedaran Persediaan Penunggangan (KPP) ini telah dirasmikan oleh Datuk Mohamad Dahlan Md Maamor, Setiausaha Politik, bagi pihak Menteri Pengangkutan dan disaksikan oleh Dato' Jim Khor, dan Pengerusi Persatuan Peniaga Motosikal dan Skuter Malaysia Encik Wee Hong.
No comments:
Post a Comment