Tengku Amirul Hafiruddin kan
turun beraksi di halaman sendiri pada pusingan ketujuh Kejuaraan Cub Prix AAM
Malaysia PETRONAS di Kuala Terengganu, Terengganu, 5 dan 6 Oktober ini.
Pelumba Motul Zeneos Yamaha YY Pang itu mensasarkan kemenangan keenam
sekaligus terus melebarkan jurang selaku pendahulu keseluruhan CP115. Beliau telah meraih lima
gelaran juara daripada enam perlumbaan musim ini dan hanya sekali tamat di
kedudukan keempat sewaktu pusingan keempat di Temerloh, Pahang.
Pelumba berasal dari Dungun, Terengganu itu kini selesa
mendahului kedudukan keseluruhan dengan 138 mata, 52 mata mengatasi rakan
sepasukan, Md Fareez Afeez yang berada di kedudukan kedua dengan 86 mata
manakala Md Haziq Md Fairues ketiga dengan 79 mata.
“Saya gembira kerana selepas dua tahun, perlumbaan Cub Prix
kembali ke Kuala Terengganu dan saya dapat beraksi di hadapan keluarga dan
penyokong saya di sini dan berharap dapat mengulangi pencapaian menaiki podium
di sini pada tahun 2015,” jelas Tengku Amirul.
Tambahnya, “Namun, walaupun saya telah memenangi lima
perlumbaan setakat ini, saya tidak mahu terlalu yakin kerana perlumbaan CP115
ini sentiasa sengit dan tidak diduga. Apa yang pasti, saya akan memberikan yang
terbaik dan yakin pasukan juga akan menyediakan jentera terbaik untuk saya
minggu ini.”
1 comment:
Any info about Proton X70 2020
Post a Comment