Barisan pelumba negara kembali menguasai perlumbaan Underbone 150cc apabila duo UMA Racing Yamaha Maju Motor Asia Team berjaya menamatkan Perlumbaan 2 di atas podium.
Md Haziq Md Fairues berjaya menebus kehampaan Perlumbaan 1 apabila muncul juara perlumbaan dengan masa keseluruhan 18’26.338s manakala Akid di kedudukan ketiga dengan masa 18’26.388s.
Juara Perlumbaan 1, M. Agung Fahrul (Orbit SND CNC Sporting) sekali lagi menaiki podium apabila berjaya menamatkan perlumbaan di tempat kedua dengan masa 18’26.344s.
Sementara itu, Md Helmi Azman (SCK Rapido Hi Rev Honda Racing Team) semakin menghampiri gelaran keseluruhan apabila mengumpul 164 mata setelah menamatkan perlumbaan di tempat keenam, 42 mata mengatasi rakan senegara, Md Izzat Zaidi (RCB Yamaha YY Pang Racing) yang tidak beraksi dengan mengumpul 122 mata. Ahmad Fazli Sham (ONEXOX TKKR Racing Team) di tangga ketiga dengan 96 mata.
Pusingan terakhir ARRC akan berlangsung di Litar Antarabangsa Chang, Buriram, Thailand pada 30 November hingga 2 Disember depan.
UNDERBONE 150CC
1 Md Haziq Md Fairues (MAS) UMA Racing Yamaha Maju Motor Asia Team 18:26.338s
2 M. Agung Fahrul (INA) Orbit SND CNC Sporting 18:26.344s
3 Md Akid Aziz (MAS) UMA Racing Yamaha Maju Motor Asia Team 18:26.388s
4 Wawan Wello (INA) Yamaha Yamalube SND Factory Yamaha 18:26.584s
5 Reza Fahlevi (INA) Usaha Jaya Racetech Cargloss 18:26.882s
Kedudukan Keseluruhan
1 Md Helmi Azman (MAS) SCK Rapido Hi Rev Honda Racing Team 164 mata
2 Md Izzat Zaidi (MAS) RCB Yamaha YY Pang Racing 122 mata
3 Ahmad Fazli Sham (MAS) ONEXOX TKKR Racing Team 96 mata
4 Md Akid Aziz (MAS) UMA Racing Yamaha Maju Motor Asia Team 87 mata
5 Wahyu Aji Trilaksana (INA) YAMAHA Racing Indonesia 83 mata
No comments:
Post a Comment