Mohd Rozaiman Mohd Said menetapkan sasaran untuk layak ke Superpole dan dapat
menamatkan perlumbaan di kelompok lima terbaik pabila beraksi di halaman
sendiri di
pusingan kelapan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang akan berlangsung
di Batu Kawan, Pualu Pinang pada 27 dan 28 Oktober ini.
Pelumba AHM Motorsports Yamaha Racing itu ketika ini
menduduki tangga ke-14 keseluruhan setelah mengumpul 30 mata dengan pencapaian
terbaik menamatkan saingan di tempat keempat pada pusingan kelima yang
berlangsung di Teluk Intan, Perak pada 1 September lepas.
“Mudah-mudahan semuanya berjalan dengan baik minggu ini
termasuklah keadaan cuaca. Dari segi jentera, sudah pasti pasukan kami akan
terus mencari formula terbaik menjelang aksi di Batu Kawan ini,” jelas pelumba
kelahiran Pulau Pinang itu.
Tambahnya, “Walaupun saingan kelompok depan selalunya
sengit melibatkan kumpulan pendahulu ketika ini, namun saya yakin
pelumba-pelumba lain termasuk dari pasukan kami mampu memberikan saingan.
No comments:
Post a Comment